Panas !!! Khairy bakal ganti Ku Nan di parlimen Putrajaya?

Oleh MHDAILY

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin mungkin bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang, pertama kali di luar Rembau, Negeri Sembilan yang dimenanginya sebanyak tiga kali, kata sumber kepada MalaysiaNow.

Ini selepas Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mempersiapkan diri untuk menggantikan Khairy di Rembau pada PRU15.

Ini akan menjadi percubaan pertama Mohamad menyertai politik di peringkat persekutuan selepas menjadi menteri besar Negeri Sembilan selama lebih sedekad sebelum kehilangan negeri itu semasa PRU14 pada 2018.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Putrajaya yang mempunyai majoriti pengundi terdiri daripada penjawat awam, dan disebabkan itu menjadi kubu kuat Umno apabila memegang tampuk persekutuan, tidak pernah mempunyai ahli Parlimen lain selain Tengku Adnan Tengku Mansor.

Putrajaya pertama kali menjadi kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 2004. Tengku Adnan memenanginya dalam empat pilihan raya umum dan pernah mengalahkan calon dari PKR, PAS dan Bersatu.

Sumber Umno memberitahu MalaysiaNow, pemilihan Khairy untuk bertanding di Putrajaya disebabkan sabitan bersalah Tengku Adnan dalam kes rasuah baru-baru ini.

“Proses rayuan akan mengambil masa yang agak lama kerana terdapat pelbagai peringkat,” kata sumber itu kepada MalaysiaNow dengan syarat tidak dinamakan.

“Jadi sudah pasti dia tidak dapat bertanding jika PRU15 diadakan dalam masa terdekat.”

Mohamad sebelum ini mengumumkan bakal bertanding di kerusi Parlimen Rembau ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Umno Cawangan Sri Kota tahun lalu.

Difahamkan, rancangan untuk meletakkan Khairy mungkin terganggu disebabkan Tengku Adnan mahu meletakkan anaknya Tengku Iqbal sebagai calon menggantikannya.

“Dia mula bawa anak dia ke semua majlis dan program untuk dikenalkan kepada pengundi di Putrajaya,” kata sumber itu.

Mohamad sebelum ini mengumumkan bakal bertanding di kerusi Parlimen Rembau ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Umno Cawangan Sri Kota tahun lalu.

“Saya kena pergi pusat dan besar kemungkinannya nanti, PRU15 ini saya akan menawarkan diri untuk bertanding sebagai ahli Parlimen di Rembau,” katanya.

Mohamad yang juga timbalan presiden Umno memberi jaminan Khairy akan diberikan “kerusi selamat” pada PRU15.

Berita penuh : https://www.malaysianow.com/berita/2021/02/26/khairy-bakal-bertanding-di-putrajaya-era-ku-nan-akan-berakhir/