Panas !!! Khabar angin mula tersebar, AIM akan diswastakan?

Panas !!! Khabar angin mula tersebar, AIM akan diswastakan?

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menafikan dakwaan pentadbirannya akan diswastakan dalam masa terdekat.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, AIM masih kekal sebagai badan amanah persendirian dengan berbekalkan peranan dan fungsi sedia ada.

Sebaliknya, AIM telah menerima beberapa cadangan kerjasama dari beberapa syarikat swasta untuk menubuhkan Bank Digital di bawah inisiatif Bank Negara Malaysia pada masa depan.

 

Resipi ini akan menjadikan payudara anda lebih besar dalam 5 hari
“AIM juga sedang berusaha mengembangkan lagi peranannya untuk menjadi sebuah Bank Digital tanpa menjejaskan Skim Pinjaman Mikro Kredit khusus untuk sahabat AIM.

“Setelah menilai dan menerima maklum balas dari pelbagai pihak, AIM membuat keputusan akan terus kekal dengan prinsip, peranan dan fungsi seperti sedia ada tanpa menjejaskan kebajikan pekerja dan sahabat AIM,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Lajim, bagi memastikan tanggungjawab dan matlamat itu terlaksana, AIM telah pun membuat pinjaman sebanyak RM1 bilion ringgit dari pihak kerajaan dan institusi kewangan dalam negara sepanjang penubuhannya sejak 17 September 1987.

 

Resipi ini akan menjadikan payudara anda lebih besar dalam 5 hari
Fokus utama AIM pada tahun 2021 adalah untuk memperkasakan sahabat AIM sedia ada melalui pinjaman mikro kredit selain membantu sahabat dalam pemasaran digital sejajar dengan cabaran yang dihadapi akibat Covid-19.

“AIM juga komited membantu sahabat yang terkesan akibat bencana dengan menyalurkan bantuan bantuan sewajarnya,” katanya.