Panas !!! Kes harian Covid-19 Sarawak hari ini hampir menyamai Selangor

Oleh MHDAILY

Kes harian Covid-19 Sarawak hari ini hampir menyamai Selangor.Sehingga 5 September 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 20,396 kes (1,844,835 kes).

Sebanyak 20,396 kes baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan keseluruhan jangkitan 1,844,835 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Kali pertama kes di Sarawak melangkaui 3,000 kes dan mencatatkan rekod kes harian dengan 3,747 jangkitan. Terdahulu, kes harian tertinggi di negeri itu dicatatkan pada 2 September lalu dengan 2,992 jangkitan.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Jumlah kes Covid-19 di luar Lembah Klang merangkumi 77.9 peratus kes hari ini, tertinggi sejak lonjakan jangkitan di luar ibu negara.

Kuala Lumpur merekodkan 597 kes baru manakala Selangor 3,886 kes

Negeri lain yang merekodkan kes harian empat angka termasuklah Johor, Sabah, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 3,886 (623,053)
WPKL – 597 (176,591)
Sabah – 2,136 (159,421)
Johor – 2,165 (149,358)
Sarawak – 3,747 (130,898)
Kedah – 1,587 (107,468)
Pulau Pinang – 1,961 (95,098)
Negeri Sembilan – 269 (92,849)
Kelantan – 1,078 (84,145)
Perak – 1,057 (73,878)
Melaka – 459 (50,470)
Pahang – 486 (46,902)
Terengganu – 861 (36,983)
WP Labuan – 4 (9,834)
WP Putrajaya – 25 (5,553)
Perlis – 78 (2,334)

kes

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/590064

BACA: Lantik Muhyiddin Pengerusi MPN, langkah mengkagumkan – Shahrir Samad