Panas !!! Kerajaan PN jangan derhaka Agong, tiada lagi alasan untuk tidak buka parlimen

Yang diPertuan Agong telah menzahirkan pandangan baginda agar parlimen dibuka segera bagi membolehkan ahli Parlimen membahas ordinal darurat dan pelan pemulihan negara.

Pernyataan itu dizahirkan selepas Agong berbincang dengan Raja-Raja Melayu petang ini.

Dengan menzahirkan agar parlimen mengadakan persidangan, boleh difahami bahawa Yang diPertuan Agong tidak memberi keutamaan dan melihat “pelan” pembangunan negara dibentangkan oleh Mahiaddin Md Yassin semalam yang turut memberi gambaran parlimen tidak segera dibuka. Menurut “peler” Mahiaddin parlimen boleh dibuka selepas fasa pemulihan ketiga Oktober depan. Itupun bergantung kepada kes Covid.

Dalam pernyataan dikeluarkan petang ini, baginda juga turut menzahirkan pandangan bahawa perlu adanya “pentadbiran kerajaan yang stabil dan kukuh serta berupaya berfungsi dengan efektif dalam menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.”

Memahami maksud pernyataan itu memberi gambaran baginda seperti tidak begitu yakini lagi kerajaan yang ada kini dapat mengatasi masalah dihadapi negara kini khususnya berhubung pandemik. Kurang jelas apakah baginda mahu dibentukkan sebuah kerajaan baharu?

Maka molek sangatlah kalau Mahiaddin membuat persiapan untuk BERUNDUR tanpa banyak bersoal lagi. Beliau tidak elok kalau buat-buat tidak faham dengan bahasa Raja. Dan menteri yang jaga Parlimen tidak perlu mengubah tiang gol, yang boleh dilakukan sekadar menukar jaring sahaja.

Sumber :