Panas !!! Kerajaan PN gagal atau tidak, Najib buat ‘undian rakyat’ di FB

Panas !!! Kerajaan PN gagal atau tidak, Najib buat ‘undian rakyat’ di FB

Kerajaan PN gagal atau tidak, Najib buat ‘undian rakyat’ di FB.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan undian dalam talian di laman FB nya.

Undian itu dibuat setelah melihat rata-rata menteri tidak bersetuju dengan hakikat bahawa kerajaan PN telah gagal mengurus Covid-19.

“Rata-rata menteri tak bersetuju maka kita serahkan soalan ini pada Rakyat.”, kata Najib.

Jesteru beliau membuat keputusan untuk membuat undian secara dalam talian di halaman facebook miliknya itu.

“Adakah kerajaan PN gagal mengurus Covid-19 dan gagal mengurus kesejahteraan hidup rakyat?” adalah soalan yang dikemukakan beliau kepada semua pengunjung laman FB nya itu.

Setelah 3 jam undian, 88 peratus dari 124 ribu undian mengatakan kerajaan ini terbukti gagal manakala 12 peratus mengatakan tidak gagal.

Undian itu dibuka selama 6 hari.

Para pengunjung laman itu turut menurukan komen antaranya:

Omar Abu menulis ” GAGAL….disebabkan menteri yang bodoh membenarkan kilang2 besar dibuka..kami rakyat biasa disuruh duduk rumah jaga sop.macam yang dato seri cakap,kalau hendak berkorban,biarlah kita sama2 berkorban demi memutuskan rantaian covid-19 ini…

Alan Pc Bridal pula menulis “100% GAGAL !!!! kami terbeban xdpt jalankan perniagaan bantuan yg dapat hanya RM100 shja individu bujang utk mkn dlm masa PKP dari tahun lps sambung jgk tahun ini.. Mungkin dengan RM100 dapat belanja 1sen utk seminggu 😢😢 bkn nk merungut tdk terima takdir illahi , kenapa kami peniaga kecil di anak tirikan.”

Sumber :

BACA JUGA : Terkini !!! KWSP umum permohonan i-Citra bermula esok