Panas !!! Kerajaan banyak ketepikan pandangan KKM punca krisis makin teruk – Najib

Panas !!! Kerajaan banyak ketepikan pandangan KKM punca krisis makin teruk – Najib

Kerajaan mengetepikan banyak amaran daripada Kementerian Kesihatan mengenai situasi krisis Covid-19 yang semakin buruk, membawa kepada pelaksanaan sekatan pergerakan penuh sekarang, kata bekas Perdana Menteri Najib Razak.

Dalam ucapannya yang disiarkan di televisyen, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempertahankan sekatan pergerakan penuh, dengan berkata, ia membantu negara “mengelak bencana”.

Dalam catatan di Facebook, Najib mempersoalkan bagaimana kerajaan boleh mendakwa sekatan terbaru ini membantu negara mengelakkan bencana apabila terdapat hampir 215,000 jangkitan dan lebih daripada 2,600 kematian dalam tempoh dua bulan lalu.

“…Sebuah kerajaan yang hargai nyawa rakyat dan sayang negara akan membuat keputusan tepat yang berpandu pada data dan sains dan tidak akan mengetepikan amaran berikut amaran dari kementerian kerajaan sendiri,” katanya.

Beliau berkata, terdapat banyak peluang bagi kerajaan untuk melaksanakan sekatan pergerakan penuh tahun ini, namun gagal berbuat demikian.

“Kenapa kerajaan PN (Perikatan Nasional) tak buat ‘total lockdown’ pada 21 April apabila kes baharu cecah unjuran 3,000 kes sehari sehingga KKM terpaksa naikkan unjuran ke 5,000 kes?

“(Atau) pada 2 Mei apabila Ketua Pengarah KKM beri amaran bahawa katil ICU (unit rawatan rapi) sudah kritikal, (atau) pada 12 Mei apabila kes baharu cecah unjuran 5,000 kes sehari dan KKM terpaksa naikkan unjuran sekali lagi ke 9,000 kes?

Katanya, menghindari unjuran semasa 13,000 kes harian bukan satu kejayaan, dan kerajaan menunggu terlalu lama untuk melaksanakan sekatan, membiarkan kes harian mencecah 9,000 sebelum akhirnya mengumumkan sekatan pergerakan penuh pada 28 Mei.

“Tunggu lebih sebulan sambil KKM berulang kali menaikkan unjuran dan berkali-kali memberi amaran sepanjang tempoh.

“Baru lah kerajaan PN terpaksa buat setelah keadaan kritikal menjadi bencana dan bencana bertukar menjadi bencana besar.

“Adakah kerajaan PN pernah terfikir berapa ramai nyawa manusia dapat diselamatkan, berapa ratus bilion ringgit impak ekonomi tidak terbuang dan berapa banyak penderitaan serta kemusnahan dapat dielakkan sekiranya kerajaan membuat keputusan yang tepat dan tidak lembab?” soalnya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/16/kerajaan-ketepikan-amaran-kkm-bawa-kepada-krisis-dakwa-najib/