Panas !!! Kedai makan bukan Islam guna nama Melayu di platform pembelian atas talian

Panas !!! Kedai makan bukan Islam guna nama Melayu di platform pembelian atas talian

Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) menyarankan penjual makanan atas talian ditapis terlebih dahulu oleh pihak berkuasa agama negeri dan kerajaan tempatan.

Presidennya Che Hassan Che Johan berkata tindakan itu harus dilakukan kerana ia boleh mengundang keraguan tentang status halal makanan yang disediakan.

“Saya sarankan kerajaan sediakan garis panduan untuk setiap restoran ini patuhi sebelum mereka dibenarkan tersenarai sebagai penjual atas talian,” katanya.

“Ia kena terlebih dulu dikenal pasti oleh pihak penguat kuasa, terutamanya jabatan agama Islam setempat adakah ia mengikut landasan yang sepatutnya sebelum dibenarkan jenama mereka diluluskan.”

Kenyataan itu dikeluarkan selepas tular dakwaan sebuah kedai makan bukan Islam menggunakan nama Melayu di platform pembelian atas talian.

Pengguna maya mengecam tindakan itu yang didakwa mengelirukan pengguna yang mengambil berat status halal makanan yang dipesan.

Che Hassan berkata seorang kawannya sendiri pernah terkena ketika memesan makanan melalui aplikasi pembelian makanan melalui telefon bimbit.

Dia berkata penyedia perkhidmatan tidak seharusnya menerima peniaga secara semberono.

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/575271