Panas !!! JKNJ dedah remaja meninggal dunia selepas terima vaksin

Oleh MHDAILY

Seorang remaja, Noor Hayati Nabila Abdullah, 14, yang meninggal dunia selepas beberapa hari menerima dos pertama vaksin COVID-19 awal bulan ini, didapati mempunyai ketumbuhan pada ovari serta masalah struktur jantung.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu berkata, perkara itu diketahui selepas pemeriksaan dijalankan terhadapnya.

JKNJ dedah remaja meninggal dunia selepas terima vaksin

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻
Dr Aman berkata, perkara itu diketahui selepas pemeriksaan dijalankan terhadapnya. – Gambar/ JKNJ

“Pada 3 Oktober 2021, Allahyarhamah telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 berjenama Comirnaty Pfizer. Status kesihatan Allahyarhamah pasca vaksin dalam keadaan baik, tidak menghidap demam, selesema, lemah sendi atau susah bernafas.

“(Jenazah) Allahyarhamah telah dibawa oleh Pegawai Penyiasat Polis, Balai Polis Batu Pahat ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) pada 8 Oktober 2021 atas sebab kematian mengejut,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Dr Aman memaklumkan, kesemua sampel tisu badan telah dihantar bagi pemeriksaan lanjut oleh Pakar Perubatan Forensik Patologi di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Hasil keputusan dijangka akan diperoleh antara 24 sehingga 28 Oktober.

Sebelum ini, tular kenyataan ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Puad Zarkashi menerusi akaun Facebook, yang mengatakan Allahyarhamah Noor Hayati Nabila meninggal dunia beberapa hari selepas menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19.

Beliau turut meminta Kementerian Kesihatan mengeluarkan keputusan bedah siasat dengan telus dan segera.

BACA JUGA : Hasbie Muda dilantik Ketua Pemuda Amanah baharu
Isu Freemasons beri bantuan pelindung muka, ini respon Ketua Polis Perak