Panas !!! Jemaah Menteri berkumpul di rumah Muhyiddin, pengumuman besar akan berlaku?

Menteri

Jemaah Menteri berkumpul di rumah Muhyiddin, pengumuman besar akan berlaku?. Menteri kabinet dan Peguam Negara Idris Harun telah tiba di kediaman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Menurut Bernama TV, mereka mulai tiba pada jam 1.30 tengah hari tadi – satu jam sebelum persidangan Dewan Rakyat dijadualkan untuk bersambung semula.

Petugas media dilihat mula ‘berkampung’ di kawasan rumah perdana menteri sejak pukul 1 tengah hari tadi.

Awal hari ini, Istana Negara mengeluarkan teguran terbuka terhadap Menteri Undang-Undang Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara Idrus Harun.

 Menteri

Istana berkata kedua-duanya tidak menepati kata-kata mereka ketika secara maya menghadap Yang di-Pertuan Agong bahawa Ordinan Darurat akan dibahaskan di parlimen.

Istana juga menuduh Takiyuddin mengelirukan Dewan Rakyat mengenai pembatalan Ordinan Darurat itu.

 

 

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/585059

Jika Terlepas: KKM nasihat agar parlimen bersidang sampai 2 petang sahaja – Takiyuddin