Panas !!! Isu Kampung Baru, Khalid Samad sekolahkan Shahidan Kassim

Oleh MHDAILY

Isu Kampung Baru, Khalid Samad sekolahkan Shahidan Kassim.Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad mengecam sikap yang diambil oleh menterinya yang baharu Tan Sri Shahidan Kassim yang meminta pemilik tanah Kampung Bharu berunding dengan pemaju bagi memajukan tanah mereka.

“Ni masalahnya, nak suruh penduduk berunding dengan pemaju mana boleh. Memang pemaju akan makanlah dia orang. Lagi baik kita berunding dengan pemaju. Kita jaga kepentingan penduduk di Kampung Bharu,” kata Khalid menolak keputusan Shahidan yang meminta pemilik tanah Kampung Bharu berunding dengan pemaju bagi memajukan tanah mereka.

Khalid juga menolak kenyataan Shahidan di Dewan Rakyat bahawa cadangan kerajaan sebelum ini yang mahu membeli tanah Kampung Bharu dengan kadar RN1,000 sekaki persegi tidak mampu dilakukan kerajaan.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Semasa kita membuat cadangan pembelian tanah dengan RM1,000 sekaki persegi, di mana sumber kewangannya,” kata Shahidan yang dijawab oleh Khalid “Takkan tak pandai, kan pandai kerajaan cari duit. Banyak sumber-sumber duit yang boleh dipakai,” kata Khalid dalam sessi soal jawab di Parlimen semalam.

Dalam jawapannya semalam, Shahidan berkata, 61 peratus penduduk Kampung Bharu sudah bersetuju dengan cadangan membeli dengan kadar RM1,000 satu kaki persegi.

Kampung Baru

Namun kerajaan perlu mencari peruntukan RM7 bilion untuk membiayai projek tersebut, kata Shahidan.

Ketika Khalid menjadi menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan telah membuat tawaran untuk membeli keseluruhan tanah di Kampung Bharu dengan harga RM1,000 sekaki persegi.

Ia bertujuan untuk membolehkan keseluruhan tanah milik orang Melayu di tengah bandaraya Kuala Lumpur itu dibangunkan bersama antara kerajaan dengan pemilik tanah.

RM850 sekaki persegi dari harga tanah akan dibayar secara tunai manakala RM150 lagi akan diberikan dalam bentuk saham dalam syarikat pemaju tanah itu bagi membolehkan pemilik tanah terus terlibat dalam proses pembangunan kawasan itu.

Ketika itu, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendesak pemilik tanah menolak cadangan Khalid itu.

Najib mempersoalkan nilai tawaran itu dengan harga tanah di Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) yang mencecah RM3,000 satu kaki persegi berbanding harga paling tinggi yang ditawarkan oleh kerajaan.

“Bukan luar biasa jika ada kala harga Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) boleh jauh di bawah harga pasaran.

“Jangan diperdaya oleh menteri Harapan Coin jika dia masih pegang tetap kepada penilaian JPPH kerana akhirnya, kroni-kroni PH yang akan untung besar atas tanah rakyat,” katanya di laman Facebooknya merujuk kepada Khalid.

Sehingga Januari 2020, sebulan sebelum kerajaan Pakatan Harapan dijatuhkan, Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu (PKB) sudah menemui hampir 50 peratus daripada 5,374 pemilik tanah dengan 97 peratus daripada mereka sudah bersetuju dengan tawaran harga tanah terkini oleh kerajaan.

Khalid berkata ketika itu, proses perjumpaan dan penjelasan membabitkan kumpulan kecil itu sudah dilakukan sejak tarikh akhir penyerahan borang maklum balas pelan pembangunan kawasan berkenaan pada November 2019 lalu.

“Jun (2020) ini akan kita selesaikan. Kalau tidak cukup korum, bagaimana kita nak buat, kalau tidak mencecah 100 peratus bagaimana nak kita lakukan.

“Kalau dapat 100 peratus jelas, banyak pilihan yang kita boleh fikirkan supaya yang mana setuju.. kita terus dapat lakukannya,” katanya.

Khalid berkata, kerajaan perlu memenuhi kehendak pemilik tanah terbabit dengan cara betul berikutan bukan semua mereka membabitkan golongan senang.

“Mereka memerlukan duit juga, ada yang mana OKU (orang kelainan upaya), anak yatim dan sebagai pemilik, mereka nak jual juga.

“Kita kena fikir kita boleh penuhi kehendak mereka tetapi dengan cara yang bermakna. Bukan kita beli tapi simpan, dan kita nak bangunkan,” katanya pada ketika itu.

Kementerian Wilayah Persekutuan juga tidak akan menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 sebagai antara pertimbangannya untuk projek pembangunan Kampung Bharu kerana pendekatan perundingan yang akan dilakukan.

Semua perancangan yang dibuat Khalid dan pasukannya ketika itu terhenti apabila kerajaan PH dijatuhkan melalui pintu belakang.

Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/kg-bahru-jika-pemilik-runding-dengan-pemaju-kena-makanlah-merekajika-pemilik-runding-dengan-pemaju-kena-makanlah-mereka-kata-khalid-kepada-shahidana-pemilik-tanah-berunding-dengan-pemaju/

BAca: Betulkah kita bukan lagi pembangkang?, Mat Sabu tanya Anwar