Panas !!! Ini persetujuan yang dicapai kerajaan-pembangkang dalam pertemuan tadi

Kerajaan berjaya mencapai persetujuan bersama barisan pemimpin pembangkang bagi memperkasa fungsi Parlimen Malaysia sebagai institusi yang bertanggungjawab dan konstruktif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia melibatkan fungsi menyemak dan imbang tadbir urus eksekutif supaya lebih telus dan memenuhi kehendak rakyat.

Beliau berkata, pertemuan bersama pihak pembangkang itu turut tertumpu kepada agenda kepentingan rakyat dalam mencari titik persamaan terbaik bagi menangani krisis pandemik Covid-19.

Ini persetujuan yang dicapai kerajaan-pembangkang dalam pertemuan tadi

ISMAIL Sabri mengadakan pertemuan bersama pemimpin-pemimpin pembangkang di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. – FOTO PEJABAT PERDANA MENTERI

Jelas beliau, ini termasuk soal menjaga nyawa dan keselamatan diri daripada ancaman wabak dan membebaskan rakyat daripada cengkaman ekonomi berikutan kehilangan pekerjaan dan pendapatan.

“Menjunjung kasih di atas nasihat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk meredakan suhu politik dalam negara, saya telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin pembangkang bagi merealisasikan titah hasrat Seri Paduka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, hadir dalam pertemuan itu di Pejabat Perdana Menteri ialah Ketua Pembangkang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Ismail Sabri berkata, beliau bersama pemimpin-pemimpin pembangkang juga bersetuju dan memahami peri pentingnya kebebasan badan kehakiman, reformasi institusi dan tatakelola kerajaan yang baik bagi memastikan keadaan yang lebih kondusif untuk rakyat dan negara dalam konteks Keluarga Malaysia.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/ismail-sabri-bertemu-anwar-mat-sabu-guan-eng-persetujuan-dicapai-kerajaan-pembangkang/

BACA JUGA : Kerajaan Selangor perkenal inisiatif data percuma kepada pelajar negeri itu

CATEGORIES