Panas !!! Ini komen Timb Menteri Pas terhadap pelantikan Adham Baba

Adham Baba

Dua timbalan menteri dari negeri ini yang kekal menerajui portfolio sama bertekad menggalas amanah yang diberikan dalam Kabinet baharu pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan sebaiknya.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, apa yang mustahak ialah untuk memastikan lebih 32 juta rakyat Malaysia sentiasa diutamakan selain berusaha memacu pemulihan dan pertumbuhan sektor perdagangan yang terjejas akibat Covid-19.

Katanya, kepercayaan yang diberikan itu dalam masa sama turut membolehkan banyak pelan yang dirangka dan dirancang untuk manfaat seluruh rakyat sebelum ini dapat diteruskan semula.

Ini komen Timb Menteri Pas terhadap pelantikan Adham Baba

ROSOL Wahid (kanan) dan Ahmad Amzad Hashim komited meneruskan tugas selaku Timbalan Menteri di kementerian masing-masing.

“Penghargaan dan terima kasih juga kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang saya hormati atas kepercayaan memulakan langkah pertama sebagai timbalan menteri terdahulu dan kembali meneruskannya di bawah pimpinan Perdana Menteri baharu ini.

“Jawatan ini bukan kebanggaan tetapi tanggungjawab untuk agama, bangsa dan negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, peluang kembali berkhidmat di kementerian sama membolehkannya meneruskan pembangunan beberapa roadmap di bawah seliaannya yang berkaitan nanoteknologi, komposit dan graphene.

Di samping itu katanya, tumpuan turut terarah kepada usaha memacu penggunaan teknologi yang mengurangkan sentuhan dan interaksi fizikal dalam sektor sosial dan pekerjaan.

“Khairy Jamaluddin telah melaksanakan tugas yang cemerlang di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan saya berterima kasih atas kepemimpinan beliau yang baik.

“Pengalaman Datuk Seri Dr. Adham Baba di Kementerian Kesihatan sangat mahal dan boleh membantu memacu kecemerlangan di MOSTI,” katanya.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/rosol-amzad-tekad-teruskan-kembali-pelan-untuk-manfaat-rakyat/

BACA JUGA : Panas !!! Tak dilantik kembali, bekas Menteri Agama buka mulut

CATEGORIES