Panas !!! Ini kisah sebenar 1Bestarinet hingga Maszlee dipecat

Panas !!! Ini kisah sebenar 1Bestarinet hingga Maszlee dipecat. Saya berkira-kira untuk menulis tulisan ini, namun begitu masih ada yang cuba bermain isu, konon-kononnya Maszlee Malik di minta meletakkan jawatan kerana Tun Mahathir berniat meneruskan 1Bestarinet.

Ini adalah satu rumusan yang cukup dangkal dan tidak bertanggungjawab.

Andai diteliti tulisan Maszlee Malik, beliau sendiri mengakui bahawa terdapat banyak faktor dan 1Bestarinet hanya salah satu.

Pun begitu, punca utamanya adalah permintaan Presiden Bersatu (Mahiaddin Yassin) untuk beliau dilucutkan jawatan.

Benar, Tan Sri Mahiaddin cukup marah dengan cara Maszlee Malik mengurus 1Bestarinet. Umum tahu bahawa 1Bestarinet adalah projek dari Tan Sri Mahiaddian sewaktu beliau bertugas sebagai Menteri Pendidikan dahulu.

kisah

Benar juga, bahawa kita semua boleh akui yang 1Bestarinet adalah satu projek yang gagal dan menyusahkan anak-anak.

Maka selepas Maszlee Malik meletakkan jawatan dan Tun memangku jawatan Menteri Pendidikan, beliau telah mendapatkan pandangan khusus dari penjawat awam (KSU dan juga DG Pendidikan)

Setelah meneliti nasihat yang diberikan mereka, Tun sendiri membuat keputusan untuk tidak meneruskan kontrak 1Bestarinet.

Jelas disini Tun dan Maszlee Malik tidak meneruskan kontrak 1Bestarinet. Itu fakta. Yang benar-benar ingin meneruskan kontrak ini adalah Mahiaddin Yassin. Saya ingat sewaktu persidangan tahunan Bersatu saya dileteri oleh Tan Sri di meja makan kerana tidak mahu meneruskan 1Bestarinet.

Saya berpeluang berkhidmat dikementerian Maszlee Malik dan saya juga Ahli MPT Bersatu dahulu.

Saya yakin saudara Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga boleh mengesahkan coretan saya ini.

Ulya Husamudin
Mantan Pegawai Tugas-tugas Khas YB Maszlee Malik
Mantan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu
Sumber:

BACA: Gempar !!! Pemecatan Maszlee dahulu kerana ‘kacau’ projek 1BestariNet, tidak disukai Muhyiddin