Panas !!! Idris bongkar perilaku pemimpin Umno Melaka dalam Mesyuarat Cawangan

BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron disifatkan sebagai ‘gila talak’ apabila hadir dan berucap di Mesyuarat Umno Cawangan Klebang Kecil di Klebang, hari ini.

Tindakannya itu juga menimbulkan kekecohan selepas ada antara Ahli Jawatankuasa Umno yang mempersoalkan lokasi mesyuarat yang diadakan di rumahnya.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.41 pagi ketika ahli-ahli Umno cawangan berkenaan mula hadir sebelum mesyuarat bermula.

Idris bongkar perilaku pemimpin Umno Melaka dalam Mesyuarat Cawangan

Datuk Seri Idris Haron

Menurut Ketua Umno Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, tindakan Idris itu disifatkan luar biasa kerana keahliannya sudah terlucut.

“Apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Idris ini amat luar biasa, dan tidak mempunyai satu pengertian dan maknanya beliau seolah-olah tidak faham bahawa mesyuarat agung Umno mesti dihadiri ahli Umno.

“Saya kira dia ini seolah-olah masih lagi berada dalam Umno, seolah-olah ‘gila talak’ menganggap diri dia masih dalam Umno.

“Masa sama dia bukan ahli Umno, saya amat kesal sebagai Ketua Umno Bahagian Tangga Batu,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani, hari ini.

Mohamad Ali berkata, tindakan Idris itu juga dilihat hanya merendahkan nilai dirinya selepas menarik sokongan daripada kerajaan negeri Melaka sebelum ini.

“Saya merasakan bahawa dia (Idris) tidak faham dan tidak mengerti prinsip orang yang mengetuai sesuatu parti.

“Kedua, dia melakukan keadaan nilai diri dia amat rendah, mencampuri urusan parti Umno sedangkan beliau bukan ahli Umno dan terlucut keahlian selepas meruntuhkan kerajaan pimpinan Umno pada 4 Oktober lepas,” katanya.

Menurut Mohamad Ali, selian berucap berlaku sedikit ‘pergelutan’ antara Idris dan Setiausaha Umno Bahagian Tangga Batu, Datuk Abdul Latip Mohamad.

“Saya diberi taklimat, ada sedikit pergelutan antara Datuk Seri Idris dan Datuk Abdul Latip apabila dia nak merampas telefon bimbit Setiausaha Bahagian yang menjadi pemerhati untuk bahagian.

“Umno ini bebas dan kita minta supaya mana-mana wakil bahagian datang mengambil gambar, merakam perjalanan sesuatu mesyuarat jika diperlukan.

“Kenapa Datuk Seri Idris melakukan perbuatan tidak berdisiplin, cuba merampas telefon bimbit orang padahal ia milik Setiausaha UMNO Bahagian untuk merakam kejadian kejadian berlaku semasa mesyuarat agung,” soalnya.

Sementara itu, Abdul Latip yang menceritakan insiden itu berkata, Idris tidak benarkannya membuat rakaman menggunakan telefon bimbit dan mendakwa dia berkomplot untuk membuat kecoh.

“Dia nak tarik telefon bimbit saya di tangan, saya sempat tarik balik,” jelasnya.

Beliau berkata, pertukaran lokasi mesyuarat itu juga dilakukan pada saat akhir tanpa memberikan notis kepada UMno Bahagian itu.

“Bila saya datang ke rumah anak Idris, saya dapati rumah itu kosong tanpa kehadiran ahli Umno cawangan. Jiran beritahu pindah tempat di rumah Idris,” katanya.

Mesyuarat Umno Cawangan Klebang Kecil itu bagaimanapun ditangguhkan susulan kejadian terbabit.

BACA JUGA : Facebook bakal tukar nama baru – Mark Zuckerberg
12 hari alami sakit kepala, rupanya gigi terbenam dalam tengkorak
Panas !!! JKNJ dedah remaja meninggal dunia selepas terima vaksin

CATEGORIES