Hanya 5 ahli parlimen Umno nekad keluar kerajaan PN?

Umno

Hanya 5 ahli parlimen Umno nekad keluar kerajaan PN? 35 daripada 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional menyokong kerajaan Perikatan Nasional sehingga akhir penggal.

31 Ahli Parlimen UMNO tidak akan mematuhi sebarang keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang bertentangan dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020. 4 orang Ahli Parlimen BN turut menyokong keputusan ini.

Keputusan ini dibuat berikutan tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengutip tandatangan ahli MKT UMNO bagi membuat keputusan supaya parti menarik diri dari kerajaan pada 1 Ogos 2021 nanti.

ahli parlimen umno

Menurut Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, Ahli Parlimen UMNO terus berpegang kepada usul Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang membuat ketetapan “tiada kerjasama dengan PPBM dalam PRU-15, dan kebersamaan dalam Kerajaan Perikatan Nasional diteruskan sehingga pembubaran Parlimen.”

Sementara itu seorang lagi Ahli Parlimen UMNO menyifatkan suasana semalam sebagai jika MKT mahu pecat pun pecatlah kerana kami mempertahankan keputusan PAU 2020, MKT yang ingkar.

“Dalam perbincangan semalam, Ahli Parlimen UMNO berpendapat MKT melanggar keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 jika membuat keputusan keluar dari kerajaan sebelum Parlimen dibubarkan.”

“Mereka yang tidak hadir juga telah memberi komitmen melalui panggilan video dan mesej akan menyokong ketetapan terus bersama kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan.”

SuaraTV difahamkan keputusan ini dicapai dalam perjumpaan sebahgaian Ahli Parlimen UMNO bersama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri dan Bendahari Barisan Nasional, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien.

Kehadiran Hishamuddin, yang dikatakan menguasai fraksi terbesar Ahli Parlimen UMNO, dalam perjumpaan semalam dilihat sebagai satu isyarat jelas mengenai kesepakatan Ahli Parlimen UMNO.

UMNO mempunyai 36 orang Ahli Parlimen dan hanya 5 orang tidak berada dalam kumpulan ini iaitu Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Ahli Parlimen Bagan Dato’ Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan, Ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaliegh Hamzah dan Ahli Parlimen Machang, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakob

Berita Penuh : https://suara.tv/03/07/2021/35-ahli-parlimen-bn/

Jika Anda Terlepas: Netizen naik angin tengok gelagat isteri Nazri Aziz

COMMENTS

Wordpress (0)