Panas !!! Erra Fazira jadi isteri kedua pemimpin Bersatu?

Erra Fazira jadi isteri kedua pemimpin Bersatu.Nama primadona filem Melayu, Erra Fazira kembali menjadi sebutan di media sosial sejak semalam selepas terdapat khabar angin dia telah kembali menjadi isteri.

Bagaimanapun menerusi perkongsian seorang netizen di Twitter, Erra, 47, dikatakan menjadi isteri kedua kepada seorang ahli politik terkenal.

Namun netizen itu mempersoalkan sama ada isteri pertama kepada ahli politik tersebut tahu tentang perkara itu atau tidak.

Sementara itu di Instagram miliknya, ibu kepada seorang anak itu kini aktif dalam aktiviti sukan iaitu berbasikal.

Erra Fazira

Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006.

Erra kemudian mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 2007 namun bercerai pada 2014.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya kini berusia 12 tahun.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/10/11/erra-fazira-jadi-isteri-kedua-ahli-politik-terkenal/

BACA: Kapal selam AS langgar objek misteri hingga rosak