Panas !!! Ellie Suriati tegur filem “Mael Totey” ketinggalan, tak standard

PENGARAH dan penerbit Ellie Suriati memberitahu kejayaan filem Mael Totey The Movie yang berjaya meraih kutipan lebih RM5 juta itu tidak boleh dijadikan penanda aras untuk sesebuah karya kreatif.

Ellie berkata, filem tersebut masih belum mencapai tahap teknikal sesebuah penerbitan filem.

“Mael Totey ada follower yang ramai, berjuta… tetapi dalam industri kita ada banyak genre filem.

“Kita tidak boleh meletakkan Mael Totey itu sebagai benchmark untuk karya kreatif yang sempurna.

“Kalau kita nak sebut daripada teknikal sebagai pembikin filem, ia tidak mencapai tetapi oleh kerana ia popular dan mempunyai peminat tersendiri sudah tentu dia berjaya, ” ujarnya kepada mStar.

Berita penuh : https://www.mstar.com.my/video/2020/11/12/pembikinan-filem-mael-totey-masih-ketinggalan-ellie-suriati-kata-tak-capai-standard—ia-bukan-benchmark-karya-kreatif

COMMENTS

Wordpress (0)