Panas !!! Dua Adun Melaka gugur keahlian Umno

Oleh MHDAILY

UMNO Melaka mengesahkan keahlian ADUN Pantai Kundor, Datuk Noor Azman Hassan dan ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dalam parti itu gugur secara automatik selepas mengumumkan hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Pengerusinya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, ia susulan dua dari empat wakil rakyat kerajaan itu iaitu ADUN Pantai Kundor, Datuk Noor Azman Hassan dan ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron membuat kenyataan menarik diri daripada menyokong kepimpinan Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Menurutnya, tindakan itu tidak seharusnya berlaku kerana Melaka baru sahaja beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan berada di landasan untuk melestarikan rakyat namun sudah berdepan tekanan politik mereka.

Baca Artikel Penuh