Doktor Pakar ini dedah sikap KKM yang menyebabkan Covid-19 tak terkawal

Oleh MHDAILY

Doktor Pakar ini dedah sikap KKM yang menyebabkan Covid-19 tak terkawal. Tindakan kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menghentikan perkongsian data pandemik Covid-19 dengan semua negeri sejak September tahun lalu menyebabkan pandemik ini semakin tidak terkawal.

Pakar Perunding Pediatrik Hospital Pakar Damansara, Datuk Dr Musa Mohd Nordin berkata, Selangor menjadi antara negeri yang terkesan dengan tindakan itu memandangkan aplikasi SeLangkah yang dibangunkan kerajaan negeri tidak dapat melakukan pengesan kontak dengan cepat dan sempurna tanpa data nasional tersebut.

Beliau berkata, aplikasi SeLangkah sebelum ini dapat melakukan pengesanan kontak dengan berkesan bagi memastikan kes-kes Covid-19 dapat dikawal sebaiknya.

Baca Artikel Penuh