Panas !!! Ditukar portfolio, akhirnya Takiyuddin buka mulut

portfolio

Ditukar portfolio, akhirnya Takiyuddin buka mulut.Pertukaran portfolio dalam barisan Jemaah Menteri adalah perkara biasa apabila kerajaan baharu dibentuk, kata Takiyuddin Hassan, yang kini menjadi Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Takiyuddin, yang sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), menafikan pertukaran portfolionya berkait isu pembatalan Ordinan Darurat yang pernah diumumkannya dalam Parlimen.

Portfolio baharu ini juga bersesuaian dengannya, katanya, menurut laporan

“Mengenai pertukaran portfolio ini, saya rasa tiada kaitan (isu pembatalan Ordinan Darurat) kerana ini adalah satu kerajaan baharu yang mana setiap portfolio itu sudah tentu diletakkan orang yang sesuai.

“Sebagai contoh saya dulu (menteri) undang-undang. (Sekarang) diletakkan juga seorang yang berlatarbelakangkan undang-undang yang mana beliau (Wan Junaidi Tuanku Jaafar) seorang peguam, bekas timbalan speaker dan ada pengetahuan serta pengalaman undang-undang yang luas.

portfolio

“Saya rasa perkara ini biasa, tiada sebab tertentu. Kalau saya dilantik semula di situ (portfolio terdahulu) pun saya boleh bekerja dan kalau tempat lain pun, dapat teruskan kerja lain,” katanya ketika sidang media di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Bharu.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, sekalipun bidang tugasnya nanti lebih bersifat teknikal, tetapi masih merangkumi banyak aspek perundangan.

Ketika ditanya sama ada pelantikan dalam portfolio baharu itu dilihat seakan-akan penurunan berbanding jawatan lamanya, beliau berkata, ia terpulang atas penilaian individu.

“‘Downgrade’ atau tidak terpulang kepada penilaian masing-masing kerana satu-satu portfolio itu bergantung kepada individu itu sendiri.

“Buktikan dia boleh laksanakan kerja dengan baik, itu yang lebih penting dan saya tekad akan bekerja sebaik mungkin dalam kementerian baharu ini untuk berkhidmat kepada rakyat serta negara,” katanya.

Setiap menteri baharu telah diberi arahan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk membuktikan prestasi dalam tempoh 100 hari pertama berkhidmat, katanya.

Semasa sidang Dewan Rakyat 26 Julai lalu, Takiyuddin, yang ketika itu menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) berkata, Jemaah Menteri telah membatalkan semua Ordinan Darurat pada 21 Julai. Ini mencetuskan kritikan Ahli Parlimen pembangkang.

Susulan itu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen itu, dengan menegaskan kenyataan Takiyuddin adalah tidak tepat dan mengelirukan ahli Dewan Rakyat.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/28/tukar-portfolio-perkara-biasa-tiada-kaitan-isu-ordinan-darurat-kata-takiyuddin/

BACA: Pertemuan PM-PH cetus harapan baru, senarai kabinet kembali mengecewakan

CATEGORIES