Data peribadi yang dijual didakwa ambil dari LHDN, akhirnya LHDN bersuara. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai kaitan dengan laporan berita mengenai data peribadi yang didakwa dijual secara haram.
Dalam satu kenyataan hari ini, LHDN mengatakan bahawa ia hanyalah pengguna sistem MyIdentity dan bukannya pemilik sistem yang didakwa berlaku kebocoran data itu.
BACA JUGA : Isu tarik balik lesen warga emas, setelah teruk dikritik akhirnya menteri beri jaminan
“Siasatan dalaman telah dijalankan dan mendapati tidak berlaku sebarang kebocoran data dan maklumat seperti yang didakwa.
“LHDN juga sedang bekerjasama dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi melihat semua kemungkinan berkenaan dakwaan ini.
BACA JUGA : ‘P45’ dipandu berbahaya, Timbalan Menteri Agama mohon maaf
“LHDN memberikan jaminan semua data dan maklumat yang berada dalam simpanan LHDN adalah selamat kerana ia dilindungi dengan teknologi keselamatan data yang diiktiraf,” katanya.
LHDN menggesa orang ramai agar berhati-hati dengan tipu daya dan mendesak mereka untuk menghubungi LHDN melalui telefon (03-8911 1000 / 03-8911 1100) atau melalui laman web mereka.
BACA JUGA : Gempar !!! Laporan dedah 4 juta data warganegara Malaysia dijual dengan harga RM35,000
Awal hari ini, blog teknologi lowyat.net melaporkan bahawa data peribadi yang didakwa diperoleh melalui sistem MyIdentity dijual dalam talian dengan harga 0.2 BTC (kira-kira RM35,030.79 pada masa penulisan).
Set data ini diiklankan di forum dalam talian yang terkenal dengan penjualan maklumat peribadi yang dicuri dari seluruh dunia.
BACA JUGA : ‘P45’ potong double line sebab nak cepat ambil bos ke lapangan terbang
Berdasarkan sampel yang ditunjukkan oleh penjual, set data tersebut dikatakan mengandungi tarikh lahir, e-mel, jantina, alamat surat-menyurat, nombor telefon, nombor MyKad, alamat tetap, bangsa dan agama dalam format ‘json’.
Penjual tersebut mendakwa bahawa data – yang melibatkan 4 juta entri – diperoleh dari “myIdentity API” melalui laman web LHDN.
Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/593174