Panas !!! CEO dan 3 pegawai kanan GLC utama dalam negara ditahan SPRM

CEO dan 3 pegawai kanan GLC utama dalam negara ditahan SPRM.Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan tiga pegawai kanan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) utama negara direman empat hari bermula hari ini, bagi membantu kes penyelewengan dana berjumlah RM2.2 juta.

Penolong Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Wan Nor Fadzilah Wan Ibrahim membenarkan permohonan reman dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menahan empat suspek berusia antara 49 hingga 58 tahun berkenaan.

Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

CEO

Semalam, keempat-empat suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kedah antara jam 3.45 hingga 4.15 petang.

Mereka disyaki terbabit salah guna kuasa dan kedudukan bagi menyeleweng dana milik syarikat antara 2016 sehingga 2019 dengan menyalurkan sejumlah dana ke dalam dua syarikat berlainan.

Difahamkan, kesemua suspek mempunyai kepentingan dalam dua syarikat berkenaan.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/752796/ceo-dan-tiga-pegawai-kanan-glc-ditahan-reman

BACA: Penganalisis persoal kenyataan Mahathir berkaitan Sabah, Sarawak lebih kaya