Panas !!! Bursa Saham rugi RM33.8 bilion dalam masa satu hari susulan pengumuman ‘cukai makmur’ dalam Bajet 2022

Oleh MHDAILY

Nilai kumulatif RM33.8 bilion dihapuskan daripada permodalan pasaran saham di Bursa Malaysia pada Isnin dalam reaksi mengejut terhadap cadangan ‘cukai makmur’ (cukai kemakmuran) kerajaan.

Penjualan utama menyaksikan jumlah nilai saham turun kepada RM1.77 trilion daripada RM1.81 trilion pada Jumaat lepas.

FBM KLCI pula ditutup susut 31.39 mata atau 2.01% kepada 1,530.92, penurunan terbesar sehari sejak 31 Mac apabila hasil bon AS dan dolar melonjak.

Baca Artikel Penuh