Panas !!! Bakal jadi PM balik?, Ini jawapan Muhyiddin

Muhyiddin

Bakal jadi PM balik?, Ini jawapan Muhyiddin. Meski telah meletak jawatan sebagai perdana menteri, Muhyiddin Yassin masih jauh dari merancang persaraan politiknya.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga tidak sepenuhnya pasrah dengan nasibnya, malah tidak menolak kemungkinan dia akan kembali sebagai perdana menteri.

Bercakap kepada editor media arus perdana setelah mengundurkan diri semalam, Muhyiddin ditanya mengenai kemungkinan dilantik semula sebagai perdana menteri.

“Well, let’s see. Sepatutnya tidak berlaku macam ini kan.

BACA JUGA : Panas !!! Agong jumpa semua ketua parti serentak hari ini

“(Tapi) saya percaya, sebelum saya berhenti ini, saya lah perdana menteri waktu itu yang mempunyai ‘majoriti’ (sokongan undi yang terbesar, meski tidak meraih majoriti),” katanya.

Muhyiddin berkata ahli parlimen lain juga mendakwa mereka memperoleh majoriti tetapi tidak pernah dapat membuktikannya.

Dia merujuk kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim tanpa menamakannya.

BACA JUGA : “Konon tak nak bersekongkol dengan kleptokrat”, netizen bengang dengan lakonan Muhyiddin

“Pernah juga (ada) satu ahli parlimen satu ketika itu dia pergi kata dia ada ‘convincing and formidable’ (majoriti yang kukuh dan meyakinkan), tapi kebelakangan ini tidak dengarlah.

“Kami ahli politik, ada maklumat sendiri. Tak ada sesiapa yang mempunyai sokongan tertinggi berbanding saya,” tambahnya.

Muhyiddin mendakwa “ramai rakyat Malaysia” yang ingin dia kekal sebagai perdana menteri, namun dia harus mematuhi demokrasi berparlimen.

Bakal jadi PM balik?, Ini jawapan Muhyiddin

“Ramai rakyat Malaysia meminta ‘Abah, tolong terus dan jangan berhenti, kami mencintaimu’. Ini sangat menyentuh. Saya harap saya dapat melakukannya tetapi di bawah demokrasi berparlimen, kedudukan perdana menteri adalah berdasarkan ketentuan Perlembagaan Persekutuan, “katanya.

“Bagaimana (seperti) saya telah sebutkan dalam ucapan saya kepada seluruh rakyat Malaysia, kalau ikut perasaaan saya, macam mana yang dihasratkan oleh ramai rakyat Malaysia minta supaya terus kekal. ‘abah jangan berhenti, kami sayang’. Sangat menyentuh hati.

“Saya harap saya dapat kekal, tapi di bawah sistem demokrasi berparlimen, lantikan seperti jawatan perdana menteri ini bersandarkan peruntukan dalam perlembagaan,” katanya.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, seseorang perdana menteri mempunyai mesti mempunyai sokongan majoriti dari keseluruhan ahli parlimen. Seseorang ahli parlimen boleh meraih sokongan tertinggi, namu pada masa sama tidak mempunyai majoriti.

Muhyiddin berkata, kini terpulang kepada Yang Dipertuan Agong untuk mencari pemimpin yang mempunyai majoriti mengikut prosedur perlembagaan.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/587470

Artikel ini disiarkan pada 17/08/2021

COMMENTS

Wordpress (1)
  • bbw sex doll 2 hours

    real sex dolls 80 Pics of Tan Skin Tone Hugest Ass Torso Practical Manual for Fix Your TPE real sex dolls Top 8 Sex Positions For Sex with real sex dollss My fresh new Goals; Time to Get a real sex dolls