Panas !!! Azmin serah sumbangan kepada 500 penduduk di dewan, SOP mana dia ikut?

Walaupun kerajaan mengingatkan larangan terhadap semua aktiviti majlis sosial dan keramaian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi lain pula pematuhannya di pihak menteri.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dikecam warganet hari ini selepas berkongsikan gambar menziarahi penduduk Cina di DUN Sungai Tua.

Bekas pemimpin PKR yang dianggap pengkhianat kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu dilihat mengagihkan sumbangan di dalam premis dewan komuniti Cina.

“Saya menziarahi penduduk berbangsa Cina di DUN Sungai Tua dan mengagihkan bantuan kepada 500 keluarga yang memerlukan. Semoga bantuan ini dapat menceriakan penerima.

“Menerusi Pusat Khidmat Parlimen Gombak, saya meluluskan peruntukan RM30,000 untuk Pertubuhan Penganut Dewa Yu Feng Zhi Fu Cai Bo Xing Jun untuk pertubuhan ini agar dapat meneruskan perkhidmatan perubatan tradisional percuma kepada masyarakat di sini,” katanya sebentar tadi.

Rata-rata orang ramai berpendapat Azmin yang juga Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) itu telah mengingkari arahan kerajaan yang telah dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“YB (Azmin) ikut SOP (prosedur operasi standard) mana? Terang-terang SOP mengatakan tidak dibenarkan mana-mana majlis rasmi atau tidak rasmi di anjurkan.

“Kenapa ada double standard antara rakyat dan ahli politik?” soal salah seorang pengguna di ruangan komentar Facebook Azmin.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengingatkan semua aktiviti majlis sosial dan keramaian, termasuk majlis perkahwinan, pertunangan serta resepsi, tidak dibenarkan di negeri terbabit PKP.

Dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, 12 Januari lalu, Ismail Sabri juga berkata, majlis sosial seperti kenduri-kendara, majlis akikah, doa selamat, tahlil dan sambutan ulang tahun serta hari lahir, turut dilarang.

Selain itu, semua seminar, bengkel, kursus, latihan, persidangan, ceramah, pameran serta aktiviti berkaitan mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) secara bersemuka juga adalah dilarang.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/kerajaan-larang-majlis-sosial-tapi-menteri-boleh-pula-rakyat-anggap-tidak-adil/

COMMENTS

Wordpress (0)