Panas !!! Azmin bukan calon PM pilihan saya, kata Tun M

Panas !!! Azmin bukan calon PM pilihan saya, kata Tun M

Azmin bukan calon PM pilihan saya, kata Tun M. Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali bukan calon pilihan perdana menteri olehnya.

Sebaliknya, ahli parlimen Langkawi itu berkata bahawa dia tidak ada calon perdana menteri.

Dia berkata demikian susulan, laporan media bahawa Mahathir memilih Azmin dan anaknya Mukhriz sebagai calon perdana menteri dalam program dikendalikan pelawak Harith Iskander pada malam Rabu.

“Saya tak nak bagi nama apa pun. Tetapi, ditekan juga suruh bagi nama, saya kata ada orang yang fikir oleh kerana saya baik dengan Azmin, maka Azminlah calon saya.

“(Tapi)…dia bukan calon saya. Cuma saya sebut ini pendapat orang. Iaitu azmin adalah layak menjadi perdana menteri,” katanya dalam sidang media secara maya hari ini.

Pengerusi parti Pejuang itu menambah bahawa dia terpaksa menyebut nama Mukhriz yang juga ahli parlimen Jerlun, apabila diminta menyebut tiga lagi nama sebagai calon.

“Dia (Harith) nak tiga nama. Saya berada dalam keadaan serba salah dan saya terpaksa sebutkan antara mereka ialah Mukhriz.

“Tetapi, ini terpulang kepada mereka, mereka harus menempuh perjuangan sendiri.

“Ini bukan (bermaksud) kerana saya bagi nama, itulah calon saya. (Sebenarnya)… Saya tidak ada calon,” katanya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/583232

BACA JUGA : Panas !!! Tun M umum sedia ‘keluar’ Pejuang