Panas !!! Aset Petronas di Sudan dirampas

Oleh MHDAILY

Petroliam Nasional Berhad (Petronas) membantah keras rampasan asetnya oleh kerajaan pe­r­alihan Sudan yang didakwanya tidak mengikut lunas undang-undang.

Menurut satu laporan Kerajaan peralihan separa jun­ta pim­pinan Perdana Menteri, Ab­dalla Hamdok bertindak me­ram­pas tanah yang sepatutnya digunakan untuk membina ibu pejabat, bilik pejabat dan kediaman pekerja ekspatriat syarikat minyak itu yang dibeli ketika pe­merintahan bekas Presiden Sudan, Omar Al-Bashir.

Menurut portal Middle East Monitor (MEMO), tanah tersebut didaftarkan di bawah nama anak syarikat Petronas di Sudan, Nada Properties Company Limited (NPCL) dan ketika ini, jawatankuasa antirasuah Sudan telah memindahkan hak milik syarikat itu kepada Kementerian Kewa­ngannya.

Baca Artikel Penuh