Panas !!! Anwar masih menunggu apa reaksi Muhyiddin

Panas !!! Anwar masih menunggu apa reaksi Muhyiddin

Selepas Presiden AMANAH Mohamad Sabu, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menzahirkan junjungan kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas keputusan yang dibuat.

Agong yang mengadakan Mesyuarat Khas Majis Raja-Raja Melayu hari ini memutuskan agar sidang parlimen perlu disegerakan bagi membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat.

Namun melalui ciapan, Anwar berkata beliau sedang menanti langkah selanjutnya daripada kerajaan pimpinan Mahiaddin Md Yassin untuk mengadakan sidang parlimen sebagaimana yang dititahkan Agong.

“Saya menanti langkah selanjutnya dari kerajaan pimpinan @MuhyiddinYassin untuk mengadakan sidang Parlimen sesegera mungkin.

“Turut bersama berterima kasih kepada Agong,” ciap Anwar.

Sementara itu, mantan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Ariff Yusof menjelaskan tugas Perdana Menteri sekarang adalah untuk mengadap Agong bagi memanggil sidang Parlimen dengan segera.

Berita Penuh :https://malaysiadateline.com/anwar-tunggu-langkah-mahiaddin-adakan-sidang-parlimen/