Annuar Musa dakwa keputusan MKT tak sama diumum Zahid

Annuar Musa dakwa keputusan MKT tak sama diumum Zahid

Annuar Musa dakwa keputusan MKT umno tak sama seperti diumum Zahid.

Timbul kekeliruan mengenai keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno semalam yang disifatkan berbeza daripada apa yang diumumkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau dihubungi beberapa ahli MKT yang memaklumkan kenyataan media Presiden Umno itu tidak menggambarkan keputusan mesyuarat.

Annuar Musa

Katanya, seramai 25 orang MKT memberikan pandangan mereka dalam mesyuarat lebih empat jam itu.

“Jelas banyak pendapat yang berbeza. Tiada konsensus yang ketara. Tiada undian dibuat. Malah perbincangan tidak berkisar pada sama ada Umno perlu keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) seperti yang dimomokkan sebelum ini, termasuk pendirian yang dipohon dari pertemuan secara berasingan dengan ahli MKT,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Katanya, ramai dalam kalangan Ketua Umno Bahagian mengeluh dan keliru dengan kenyataan Ahmad Zahid itu, selain ada antara mereka yang juga ahli MKT mengesahkan ia tidak menggambarkan intipati dan rumusan mesyuarat MKT.

“Jika ini benar, ternyata sekali lagi MKT dipermainkan dan ini amat serius. Mengapakah ini terus terjadi berkali-kali, lain dibincang, lain pula dirumuskan,” katanya.

Sementara itu seorang ahli MKT yang dihubungi Harian Metro mengesahkan, terdapat 16 dari 56 orang MKT yang menolak cadangan menarik diri dari PN secara bersyarat, sebaliknya mahu diberikan satu tempoh masa untuk berbuat demikian.

Katanya, ada juga ahli mesyuarat yang hanya berdiam diri dan berkecuali daripada memberikan pandangan sementara Naib Presiden Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid tidak hadir kerana dirawat di hospital.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/728001/keputusan-mkt-didakwa-berbeza-dengan-pengumuman-ahmad-zahid

BACA JUGA : Terkini !!! Menteri kabinet dilihat memasuki kediaman PM