Seorang lelaki dipercayai anak kepada ahli perniagaan terkemuka di negeri ini ditemui mati di rumahnya di Luyang, semalam.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Hazani Ghazali, berkata siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui di tempat kejadian atau pada badan mangsa yang berusia 42 tahun.
Beliau berkata, mayat lelaki itu ditemui dalam bilik tidur rumahnya di Jalan Lintas oleh ahli keluarga sebelum laporan polis dibuat.
Keluarga mangsa segera menghubungi ambulans dan membuat laporan polis pada 6 petang.
Hazani berkata, mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.
“Namun, kami masih menunggu hasil ujian Covid-19,” katanya memaklumkan polis giat menjalankan siasatan berhubung punca kematian lelaki itu.
Katanya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Mangsa dikatakan anak lelaki kepada ahli perniagaan sebuah syarikat perkapalan dan perhotelan terkemuka di negeri ini.
Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/10/anak-ahli-perniagaan-ditemui-mati-di-bilik-tidur/