Panas !!! Amerika Syarikat buang 15.1 juta dos vaksin Covid-19

Pulau Pinang

Amerika Syarikat (AS) membuang sekurang-kurangnya 15.1 juta dos vaksin Covid-19 sejak 1 Mac, menurut satu laporan NBC News.

Angka itu lebih tinggi daripada jangkaan sebelumnya dan mungkin lebih rendah daripada jumlah sebenar memandangkan ia hanya meliputi data diterima daripada farmasi, negeri dan penyedia lain, kata NBC yang memetik maklum balas diterimanya berhubung permintaan untuk mendapatkan data awam.

Sekurang-kurangnya data daripada tujuh negeri tidak termasuk di dalam maklumat berkenaan, di samping daripada agensi persekutuan utama.

Amerika Syarikat buang 15.1 juta dos vaksin Covid-19

Alasan untuk pembuangan vaksin itu termasuk bebuli (vial) yang retak, kesilapan pencairan, peti sejuk rosak dan lebih banyak bebuli berbanding individu memerlukan, dengan tempoh singkat selama beberapa jam untuk penggunaannya selepas jarum disuntik di bebuli berkenaan.

Kes terbaharu itu ketika negara kurang membangun berusaha untuk memvaksin populasinya berikutan kekurangan bekalan, dengan hanya 2.8 peratus penduduk di benua Afrika divaksin sepenuhnya, menurut data daripada Our World in Data.

AS, pada masa sama, sudah memberikan 440 juta dos vaksin dan 52 peratus daripada populasinya sudah divaksin.

Lebih daripada sejuta penduduk AS sudah menerima dos ketiga atas sebab imuniti badan yang lemah, dan negara itu merancang untuk menjadikan dos ketiga tersedia kepada semua orang dalam tempoh lapan bulan, mulai akhir bulan ini.

AS berikrar untuk menyumbangkan kira-kira 600 juta dos vaksin kepada negara berpendapatan sederhana dan rendah dan sudah menyumbangkan kira-kira 110 juta dos, setakat awal Ogos lalu.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/global/amerika-utara/2021/09/749932/buang-151-juta-dos-vaksin

BACA JUGA : Berpunca seorang banduan baru positif, 293 dijangkiti dan 2 maut di penjara Penor

Artikel ini disiarkan pada 03/09/2021

COMMENTS

Wordpress (0)