Panas !!! Aktivis dedah kementerian diterajui Muhyiddin menentang pembaharuan ingin dibawa PH

Oleh MHDAILY

Aktivis dedah kementerian diterajui Muhyiddin menentang pembaharuan ingin dibawa PH.Usaha melaksanakan pembaharuan dalam isu kewarganegaraan ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH) terbantut disebabkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada masa itu, kata seorang aktivis hak asasi wanita.

Ivy Josiah membela menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat PH yang dikritik atas ketiadaan usaha untuk memastikan anak-anak wanita Malaysia yang dilahirkan di luar negara mendapat kerakyatan.

Beliau yang turut terlibat dalam kempen kerakyatan saksama pada 2019 berkata, kementerian berkenaan sangat menyokongnya dan mereka mengadakan pertemuan dengan menteri ketika itu, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Hannah Yeoh.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Katanya, kelihatan pola yang menunjukkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat komited terhadap kesaksamaan jantina, manakala KDN selalu menentang. Ini juga berlaku dalam kerajaan semasa yang dipimpin oleh Ismail Sabri Yaakob, katanya.

 Aktivis

Ketika mengkritik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat PH pada Sabtu, peguam hak asasi manusia Latheefa Koya berkata, kementerian berkenaan sepatutnya berpeluang meminda undang-undang bagi menjamin tiada perbezaan layanan antara ibu dan bapa dalam pemberian kerakyatan kepada anak yang lahir di luar negara.

“Malangnya itu tidak berlaku,” katanya.

“Itu tidak diselesaikan. Terus terang, tiada apa yang diselesaikan…dan isu ini bukannya baharu.”

Namun kata Josiah, “kami tahu kementerian berkenaan berdepan cabaran dalam mendukung isu ini. Malangnya, Latheefa Koya tidak tahu usaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.”

Mahkamah Tinggi baru-baru ini memutuskan bahawa anak-anak yang dilahirkan wanita Malaysia di luar negara dengan pasangan asing berhak mendapat kerakyatan mengikut kuat kuasa undang-undang.

Rina Harun, yang kini mengetuai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyambut baik keputusan itu, namun KDN telah memfailkan rayuan terhadapnya.

Ahli Parlimen DAP Klang Charles Santiago mengakui bahawa PH terlepas peluang untuk menyelesaikan isu itu tetapi tidak adil untuk menyalahkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Santiago berkata, beliau dan banyak badan bukan kerajaan (NGO) lain mengemukakan representasi kepada menteri dalam negeri ketika itu, memandangkan isu ini bawah bidang kuasanya,

“Itu kegagalan PH, tetapi pada ketika itu, pihak Bersatu tidak berminat dengan pembaharuan,” katanya.

Bersatu pimpinan Muhyiddin pada mulanya adalah sebahagian daripada kerajaan PH, namun kemudian membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama Umno dan PAS.

Kata Santiago, PH kini harus menganggap pembaharuan sebagai perkara yang tidak boleh dirundingkan dan membawanya kepada perdana menteri.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/10/04/kdn-zaman-ph-tentang-usaha-kerakyatan-kata-aktivis/

BACA: Imam kena tipu dengan bakal menantu, rugi RM50,000