Panas !!! Akhirnya Khalid Samad buka mulut di ‘offer’ PN

Oleh MHDAILY

Akhirnya Khalid Samad buka mulut di ‘offer’ PN.

Parti Amanah Negara (Amanah) mendedahkan parti itu sudah lama didekati dan dilamar oleh sebilangan pemimpin Perikatan Nasional (PN) bagi menyokong kerjasama membentuk kerajaan dengan fraksi itu.

Bagaimanapun, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad menegaskan tawaran dan lamaran dikemukakan fraksi PN itu sejak setahun lalu tidak pernah dilayan dan dirunding secara serius.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Hal ini disebabkan Amanah komited untuk terus memperjuangkan sebuah idea penubuhan kerajaan perpaduan yang kepimpinannya berpaksikan Pakatan Harapan (PH) bagi menyelesaikan krisis Covid-19 ketika ini.

KHALID SAMAD

“Kita memang ada terima tawaran (fraksi) PN sejak awal Mac tahun lalu bagi menyertai kerajaan itu memandangkan mereka masih boleh menerima Amanah atas pertimbangan kami sebagai parti Melayu dan Islam.

“Tawaran itu sememangnya dikemukakan sehingga kini bagi menyelesaikan masalah keabsahan kerajaan PN, bagaimanapun kami tidak pernah berunding secara terperinci kerana awal-awal lagi Amanah sudah menolaknya.

“Kita masih komited untuk menjayakan usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan PH menjadi paksi kepimpinan kerajaan baharu itu kelak,” katanya kepada Sinar Premium pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas desas-desus parti itu menerima tawaran daripada fraksi PN diketuai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membolehkan sebuah kerajaan baharu dipimpin UMNO akan dibentuk.

Spekulasi itu bertiup kencang di tengah-tengah kemungkinan besar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka meletak jawatan selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada tengah hari Isnin.

Pada Ahad, media tempatan melaporkan terdapat satu pertemuan berlaku di antara Ismail Sabri dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Pertemuan itu dipercayai bagi membincangkan cadangan Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri baharu bagi menggantikan Muhyiddin dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri dijangka diberikan kepada Bersatu.

Perkara itu disahkan oleh Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mengakui sudah menandatangani surat akuan bersumpah (SD) bagi membolehkan Naib Presiden UMNO itu diangkat sebagai Perdana Menteri baharu bagi menggantikan Muhyiddin.

Mengulas lanjut, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam menegaskan rasional pembentukan sebuah kerajaan perpaduan dipimpin PH dibentuk adalah disebabkan koalisi itu mempunyai jumlah sokongan kukuh berjumlah 89 ahli Parlimen berbanding gabungan rapuh PN.

Jelas beliau, sekiranya Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik PH sebagai paksi kepimpinan kerajaan perpaduan, koalisi itu tidak bermasalah untuk bekerjasama dengan semua parti termasuk PN untuk memastikan kerajaan sementara berfungsi dengan baik dalam tempoh setahun setengah.

“Lagipun, pemilihan PH sebagai paksi kepimpinan tidak akan mampu dipertikaikan semua pihak kerana PH mempunyai jumlah sokongan terbesar yang kukuh meskipun tidak mencapai majoriti,” katanya.

Ditanya cadangan pemimpin UMNO terdiri fraksi menolak Muhyiddin yang mencadangkan sebuah kerajaan interim atau berbentuk Majlis Gerakan Negara (Mageran) terbentuk selepas Muhyiddin mengundur diri, Khalid berpandangan parti itu sedang mencari apa jua kaedah yang tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan mereka mendapat jawatan Perdana Menteri ketika ini.

“Kalau ikut Perlembagaan Persekutuan, kaedah pembentukan kerajaan interim memang tiada. Ketika ini UMNO hendak mencari satu kaedah yang tidak selari dengan Perlembagaan bagi membolehkan mereka mendapat jawatan Perdana Menteri.

“Bagi saya, memandangkan proklamasi darurat sudah tamat, akhirnya Yang di-Pertuan Agong perlu merujuk kembali kaedah pelantikan Perdana Menteri baharu mengikut keluhuran Perlembagaan.

“Justeru, calon Perdana Menteri baharu yang dilantik haruslah pada hemat Seri Paduka Baginda merupakan individu yang mendapat sokongan terbesar ahli Parlimen. Oleh itu, dalam konteks ini, PH lebih berpotensi mendapatkan sokongan majoriti terbesar,” katanya.

Berita Penuh : https://premium.sinarharian.com.my/article/152996/fokus/semasa/dah-lama-amanah-dilamar-fraksi-pn-bentuk-kerajaan-khalid-samad

BACA JUGA : Khairy dinobat Menteri PN yang paling kompeten