Panas !!! Ahmad Maslan bakal dilantik Timbalan Speaker?

Oleh MHDAILY

Panas !!! Ahmad Maslan bakal dilantik Timbalan Speaker.Kedudukan Speaker Dewan Rakyat dipercayai tidak berubah dengan Datuk Azhar Azizan Harun kekal manakala jawatan Timbalan Speaker yang kosong difahamkan akan diisi oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menjelang seminggu sebelum Sidang Dewan Rakyat bermula 13 September ini, sumber memberitahu Utusan Malaysia, perkara itu dipersetujui parti yang bergabung dalam Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).

“Azhar Azizan kekal seperti biasa, masih Speaker Dewan Rakyat. Jawatan Timbalan Speaker yang dikosongkan Datuk Seri Azalina Othman Said akan diisi Ahmad Maslan.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Itu cadangan setakat ini, tetapi kita tidak tahu jika pembangkang ada hantar calon nama lain atau tidak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Isu pertukaran Speaker Dewan Rakyat hangat diperkatakan sehingga ada ahli Dewan Rakyat yang menghantar usul supaya jawatan Speaker dikosongkan.

Ahmad Maslan

Bagaimanapun, Azhar Azizan menjelaskan, beliau tidak campur tangan dalam keputusan itu, sebaliknya menyerahkan kepada timbalannya, Datuk Mohd. Rashid Hasnon untuk membuat sebarang keputusan.

Sementara itu, Mohd. Rashid berkata, usul-usul seperti undi percaya dan untuk mengosongkan jawatan Speaker akan diketahui minggu ini.

Menurutnya, pihak Parlimen akan mengeluarkan senarai Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat yang memaklumkan sama ada usul-usul tersebut menjadi salah satu agenda untuk persidangan Dewan Rakyat minggu depan atau sebaliknya.

“Kita masih terima usul dan usul boleh dihantar bila-bila masa, tetapi kalau ada usul daripada kerajaan, itu akan didahulukan,” katanya ketika diminta mengulas sama ada usul undi percaya dimasukkan dalam sena­rai aturan mesyuarat, setelah Peguam Negara mengeluarkan kenyataan bahawa tiada keperluan untuk mengabsahkan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Persoalan juga timbul sama ada terdapat usul yang me­minta supaya Azhar Azizan mengosongkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Usul-usul yang diterima akan dibahas pada sidang Parlimen yang dijadual bermula 13 September hingga 12 Oktober ini

Sumber:

BACA: Panas !!! Umno pula kini dibayangi #KerajaanGagal