Panas !!! Ahli Parlimen Umno ‘wajib’ undur diri dari Kerajaan

Ahli Parlimen Umno ‘wajib’ undur diri dari Kerajaan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi digesa memberi tempoh kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau, Syed Atif Syed Abu Bakar berkata, sekiranya Muhyiddin masih berdolak-dalih bermain dengan masa, Ahmad Zahid perlu mewajibkan seluruh ahli Parlimen dan kepemimpinan tertinggi parti yang memegang jawatan di dalam kerajaan mengundur diri serta merta.

ahli

Katanya, langkah Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam soal pembatalan darurat
menyebabkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita.

“Sekarang, tiba masanya UMNO tarik balik sokongan kepada seluruh kerajaan ini (kerajaan Perikatan Nasional) jika Muhyiddin masih tidak mahu mengambil tanggungjawab dan berundur secara terhormat.

“Kerajaan gagal (kawal Covid-19) sudah, kerajaan derhaka (titah raja) sudah, kerajaan pembohong (seluruh rakyat) pun sudah. Mahu tunggu apa lagi untuk bersama kerajaan ini ?. Tak perlu lagi sebab dan alasan yang panjang,” katanya di sini hari ini.

Dalam kenyataan Istana Negara kelmarin, Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa amat dukacita kerana tindakan kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat selepas dimasyhurkan sepanjang tempoh darurat belum lagi diperkenankan baginda.

Seri Paduka turut menyifatkan Takiyuddin dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai lalu bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan dirungkaikan, tetapi tidak dilaksanakan.

Tegas Al-Sultan Abdullah, permohonan pembatalan semua Ordinan Darurat dilakukan tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen dan kenyataan yang bercanggah serta mengelirukan dan gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun Negara.

Penzahiran rasa dukacita Yang di-Pertuan Agong terhadap kerajaan adalah pertama kali berlaku dalam sejarah sistem demokrasi Raja Berperlembagaan.

Tambah Syed Atif, langkah tersebut penting dalam usaha mengawal Covid-19 dengan lebih berkesan, memulihkan ekonomi negara yang semakin parah serta menjamin kestabilan politik yang tidak menentu ketika ini.

“Apa yang penting kesejahteraan rakyat perlu dikembalikan dan diberi keutamaan sepenuhnya,” katanya merangkap Exco Pemuda UMNO.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/nasional/politik/2021/07/wajibkan-ahli-parlimen-umno-undur-diri/

BACA JUGA : Tak wajar Jemaah Menteri anggap Agong hanya sekadar ‘rubber stamp’