Panas !!! 43 ribu permintaan tab diterima Ebit Lew dalam tempoh separuh hari

Panas !!! 43 ribu permintaan tab diterima Ebit Lew dalam tempoh separuh hari

Penceramah popular, Ebit Lew menerima sebanyak 43,000 permintaan daripada orang ramai bagi mendapatkan tab untuk anak-anak mereka dalam tempoh separuh hari.

Katanya dalam satu kenyataan di Facebook, ramai juga dalam kalangan yang meminta tab itu terdiri daripada orang kelainan upaya, tiada pekerjaan, anak yatim piatu serta bergaji kecil.

“Sayu rasa hati. Semua bangsa ada dari semua negeri. Permintaan kerusi roda yang perlu lagi 8,000 ribu. Ambulans dan van jenazah setiap hari bergerak. Maafkan saya ya tidak dapat membantu ramai lagi.

“Maafkan saya. Semoga Allah ampunkan dosa saya. Ya Allah siapa sahaja yang benar-benar memerlukan permudahkanlah. Lapangkanlah buat saudaraku semua. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah,” katanya hari ini. –K!