Panas !!! 4 calon Bersatu bakal berebut jawatan TPM?

GPS

4 calon Bersatu bakal berebut jawatan TPM. Pemilihan pemimpin dalam kalangan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai Timbalan Perdana Menteri dilihat langkah terbaik untuk menjamin keharmonian dalam kerajaan.

Penganalisis politik yang juga Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir berkata, tiga nama daripada Bersatu yang dilihat layak dan berpotensi mengisi posisi itu ialah Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Menurutnya, kelayakan itu berdasarkan pengalaman politik dan kekananan dalam parti serta prestasi dalam kerajaan.

GPS

4 calon Bersatu bakal berebut jawatan TPM.
BACA JUGA : Konsep Keluarga Malaysia selaras matlamat Barisan Nasional

“Walaupun jawatan itu tiada dalam perlembagaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka melantik salah seorang pemimpin kanan daripada Bersatu bagi menjamin keharmonian dalam perikatan itu.

“Saya berpandangan, salah seorang daripada mereka tetapi bergantung kepada Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin).

“Sebelum ini, jawatan Perdana Menteri dipegang oleh Bersatu.

BACA JUGA : Panas !!! Tular poster Azmin bakal tarik sokongan jika tak jadi TPM, ini penjelasan Baru Bian

“Walaupun dalam tempoh singkat, UMNO kemudian menjadi timbalan.

“Itu adalah masa untuk UMNO membalas jasa dengan menyeimbangkan kedua-dua jawatan ini. Ia dapat menjamin keharmonian dalam perikatan berkenaan, selain memudahkan Perdana Menteri dalam urusan pentadbiran negara,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Jeniri berkata lagi, memang wajar dan menjadi hak Bersatu untuk menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri atas beberapa justifikasi, antaranya Perdana Menteri sudah menjadi milik UMNO.

BACA JUGA : Apa motif pemuda Umno cuba lobi Mat Hasan sebagai Menteri Kewangan?

Selain itu katanya, Bersatu merupakan parti kedua terbesar dalam blok kerajaan menjadikan ia paling berhak menuntut jawatan berkenaan.

Apa pun katanya, Timbalan Perdana Menteri yang dilantik perlu mudah untuk bekerjasama dengan Perdana Menteri, selain dapat menguatkan lagi kedudukan kerajaan dalam usaha melaksanakan tugas harian dan dasar yang diputuskan.

“Gandingan di antara PM dan TPM amat penting kerana mereka perlu serasi dan saling membantu dalam urusan dan keputusan besar.

BACA JUGA : Pemimpin Bersatu dakwa pembangkang tak ikhlas sambut pelawaan PM

“Hak melantik TPM di tangan Perdana Menteri. Dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini, tiada TPM dan dalam perlembagaan juga tiada, hanya lantikan politik.

“Disebabkan konvensi atau amalan sejak zaman dahulu lagi, boleh untuk kita meneruskan kesinambungan dan kepimpinan dalam kerajaan,” katanya.

Katanya, Ismail Sabri juga harus mempertimbangkan cadangan mewujudkan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri dengan memilih salah seorang dalam kalangan pemimpin dari Sabah dan Sarawak.

BACA JUGA : Kajian dapati facemask biru tak cukup berkesan elak Covid-19

Jelasnya, dua nama yang harus dipertimbangkan ialah Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof dan Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

“Lagi baik kalau dapat wujudkan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana kenapa tidak untuk ambil peranan dengan mengambil orang Borneo?

“Ia sesuai dengan aspirasi asal pejuang kemerdekaan Malaysia,” ujarnya.

Berita penuh : https://premium.sinarharian.com.my/article/153100/mediasi-kritis/analisis/faizal-hamzah-azmin-atau-mohd-redzuan-calon-tpm?fbclid=IwAR3nkB9PCQihl0lARKYkYQjv74ATRJy5HcyzQFZtpRPZTivW4Z0WwHKIS9s

Artikel ini disiarkan pada 24/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)