Panas !!! 30 MP BN dilapor ‘dinner’ di bangunan Kementerian Pertahanan

30 MP BN dilapor ‘dinner’ di bangunan Kementerian Pertahanan. 30 Ahli Parlimen BN dilapor mengadakan majlis makan malam dalam satu pertemuan sulit di Wisma Perwira Kementerian Pertahanan malam tadi.

Pertemuan sulit dan majlis makan-makan itu diadakan bermula jam 9.00 malam dan dipengerusikan oleh Pengerusi Kelab Penyokong Ahli Parlimen BN (BN Backbenchers), Datuk Seri Shahidan Kassim, lapor Sinar Premium.

Menurut sumber Ahli Parlimen BN pertemuan itu difahamkan bagi menandatangani surat akuan menyokong Tan Sri Mahiaddin Md Yassin untuk kekal sebagai Perdana Menteri.

“Pertemuan itu dimulakan dengan majlis makan malam sebelum 30 ahli Parlimen BN yang hadir bersetuju menandatangani surat akuan mempertahankan Muhyiddin dan kerajaan PN.

“Pertemuan itu juga dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Arau (Shahidan) dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diberi ruang untuk memberi ucapan alu-aluan,” kata sumber itu.

BN

Surat akuan mempertahankan kedudukan Mahiaddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) terpaksa disediakan mereka memandang terdapat usaha pihak tertentu cuba menafikan sokongan 40 ahli Parlimen BN terhadap kerajaan PN sebelum ini.

Sebelum ini, Ismail Sabri dalam satu kenyataan mengesahkan isi kandungan surat yang mengatakan 40 ahli Parlimen BN kekal menyokong kerajaan PN dan Mahiaddn sebagai Perdana Menteri adalah sahih.

Perjumpaan itu dikatakan untuk menunjukkan bukti sokongan ahli-ahli Parlimen BN kepada Mahiaddin menerusi surat akuan sokongan.

Majoriti ahli Parlimen BN sudah bersetuju untuk terus kekal menyokong kerajaan PN bagi memberi fokus sepenuhnya dalam menyelesaikan krisis Covid-19 ketika ini.

Sementara itu, Pakar perubatan di Hospital Pakar KPJ Damasara, Dr Musa Mohd Nordin menjelaskan beberapa fakta kesihatan awam berhubung risiko jangkitan Covid-19.

Menerusi satu siri Twitternya hari ini, Dr Musa berkata, risiko jangkitan pandemik itu bagi aktiviti luar adalah 18 kali kurang berbanding aktiviti di ruang tertutup.

Dr Musa menegaskan mesyuarat di rumah Perdana Menteri adalah aktiviti dalaman dengan risiko jangkitan Covid-19 adalah 18 kali ganda lebih tinggi.

Berita Penuh :https://malaysiadateline.com/30-mp-bn-buat-majlis-makan-malam/

BACA: Tanpa kehadiran Umno, pembangkang kini solid 107 MP

Artikel ini disiarkan pada 02/08/2021