Panas !!! 2 kes baharu sub varian Delta dikesan di pintu masuk KLIA

Oleh MHDAILY

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan dua kes pertama COVID-19 subvarian Delta AY.4.2 di negara ini, melibatkan kes import pelajar Malaysia yang pulang dari United Kingdom (UK).

Memetik laporan Malaysiagazette, Tan Sri Dr Noor Hisham memaklumkan dua kes itu dikesan ketika mereka tiba di pintu masuk antarabangsa (PMA) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2 Oktober lepas.

Panas !!! 2 kes baharu sub varian Delta dikesan di pintu masuk KLIA
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah

Kedua-dua mereka telah menjalani ujian RT-PCR dan didapati negatif pada sampel pertama sebelum disahkan positif menerusi sampel kedua yang diambil pada 7 Oktober semasa dalam tempoh kuarantin.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป
SAMBUNGAN ARTIKEL ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

โ€œSampel ini telah menjalani penjujukan genom penuh di Institut Biologi Molekul Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UMBI-UKM) dan laporan keputusan telah dikeluarkan pada 30 Oktober lepas,โ€ katanya.

Beliau berkata varian AY.4. adalah antara 75 jenis lineage yang berasal dari Delta dan antara sublineage AY.4 adalah varian AY.4.2 yang juga dikenali sebagai โ€˜Delta Plusโ€™.

โ€œVarian AY.4.2 mempunyai dua mutasi tambahan pada protein spike iaitu Y145H dan A222V dan sehingga akhir Oktober lepas, variant AY.4.2 merupakan 10 peratus daripada jumlah penjujukan genom penuh yang dijalankan di UK,โ€ katanya.

Menurutnya lagi, Agensi Keselamatan Kesihatan UK pada 20 Oktober lepas telah menetapkan AY.4.2 sebagai varian dalam siasatan (VUI).

โ€œUntuk makluman, vaksin yang digunakan sekarang masih berkesan terhadap varian ini dan langkah-langkah seperti kuarantin, pengujian, dan sebagainya yang dijalankan dapat membantu mengurangkan risiko penularannya di Malaysia terutama di PMA.

โ€œKKM akan terus memantau dengan teliti dari semasa ke semasa bagi mengesan kewujudan subvarian Delta dalam komuniti,โ€ katanya.

Terkini, jumlah kumulatif kes yang dikategorikan sebagai VOC dan VOI kini sebanyak 3,782 kes, iaitu 3,762 kes VOC dan 20 kes VOI.

Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 3,522 kes varian Delta, Beta (226 kes), dan Alpha (14 kes) manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, Kappa (empat kes) dan Eta (tiga kes).

BACA JUGA :ย Pas harap dapat menang di PRN Sarawak
PH pertaruh Idris, Nor Azman dalam cubaan tarik sokongan pengundi Umno