Pakej rangsangan ekonomi gagal halang lonjakan kes pengangguran, tegur Faiz

Oleh MHDAILY

Isu kritikal yang dihadapi rakyat Malaysia hari ini adalah isu pekerjaan. Kegagalan kerajaan PN untuk menguruskan ekonomi negara dengan baik telah menyebabkan jumlah pengangguran semakin meningkat sebanyak 782,500 orang pada kadar 4.9 peratus pada Januari 2021. Kemerosotan pelaburan asing langsung (FDI) pada tahun 2020 sebanyak 68 peratus ke USD2.5 bilion telah menjejaskan ekonomi negara dan seterusnya menambah pengangguran di kalangan rakyat.

Keadaan ini bertambah teruk apabila syarikat-syarikat besar menarik pelaburan yang besar ke Indonesia terutama dalam industri aotomotif seperti Hyundai sebanyak RM4.02 bilion, Toyota sebanyak RM8.04 bilion, syarikat bateri CATL sebanyak RM20.09 bilion dan syarikat LG Chem sebanyak RM39.37 bilion. Kemerosotan ekonomi turut menjejaskan bidang perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menyumbang hampir 98 peratus perniagaan dalam negara apabila hampir 32,000 perniagaan telah ditutup sejak tahun lepas. Keadaan-keadaan ini sudah pasti memberi kesan kepada peluang pekerjaan rakyat Malaysia dan meningkatkan jumlah pengangguran. Kes-kes pembuangan kerja meningkat saban hari dan pandemik Covid-19 tidak harus dijadikan alasan kemorosatan ekonomi.

Selain itu, jumlah gaji yang diterima rakyat negara ini semakin mengecil walaupun kos sara hidup semakin meningkat yang menyaksikan meningkatnya inflasi kepada kadar 5 peratus pada tahun ini. Bagi tahun 2020, gaji permulaan majoriti pemegang ijazah sarjana muda di Malaysia telah jatuh 40-50%, malah ramai anak muda telah menerima bawah paras gaji minima RM1,100 dan RM1,200 di bandar utama yang ditetapkan oleh Kerajaan PH dahulu. Mereka hanya menerima gaji sekitar RM1,001-RM1,500 pada tahun 2020 berbanding RM2,001-RM2,500 pada tahun 2019.

Baca Artikel Penuh