Pakar sahkan lalat tinggi protein, akan beri ayam dan ikan makan

Oleh MHDAILY

Pakar sahkan lalat tinggi protein, akan beri ayam dan ikan makan. Menternak lalat? Barangkali ada yang menganggap itu kerja kurang waras, sementelah lalat diketahui umum sebagai ‘pengotor’ dan pembawa penyakit.

Jangan salah sangka kerana lalat yang dimaksudkan ialah lalat askar hitam atau Black Soldier Fly (BSF) yang dibuktikan secara saintifik bukan vektor penyakit dan sama sekali tidak mendatangkan bahaya kepada kesihatan manusia.

Sebaliknya, larva BSF merupakan sumber protein yang tinggi dan amat sesuai dijadikan makanan ternakan seperti ayam dan ikan, sekali gus berpotensi menjadi alternatif utama bagi industri ternakan negara yang pada masa ini terlalu bergantung pada makanan ternakan import.

Baca Artikel Penuh