Pakar gesa orang ramai tidak beli salamender warna-warni

Pakar gesa orang ramai tidak beli salamender warna-warni. Pakar-pakar amfibia menggesa masyarakat agar tidak terpengaruh dengan trend pembelian haiwan jenis salamander dinamakan axolotl yang berwarna-warni kerana ia mengundang kepupusan spesies tersebut.

Menurut akhbar Bangkok Post, axolotl yang berasal dari Mexico, kebiasaannya mempunyai jangka hayat antara 10 hingga 15 tahun.

Namun begitu, disebabkan bahan kimia yang digunakan bagi menukar warna amfibia ini membuatkan axolotl akan mati dalam masa seminggu sahaja.

“Kebanyakan kanak-kanak teruja untuk mendapatkan axo­lotl berwarna-warni sebagai haiwan peliharaan mereka kera­na ia karakter popular dalam permainan video.

“Namun, jangka hayat axolotl berwarna-warni hanyalah se­minggu kerana bahan pewarna yang digunakan akan membunuhnya sekali gus menyebabkan spesies ini semakin terancam,” kata sebuah pertubuhan pembiakan haiwan tersebut dalam kenyataan di laman sosial.

Pakar gesa orang ramai tidak beli salamender warna-warni

Baca Artikel Penuh