Pakar desak tamatkan segera sekatan penuh untuk pemulihan ekonomi

Pakar desak tamatkan segera sekatan penuh untuk pemulihan ekonomi. Ahli ekonomi menyeru agar kerajaan menamatkan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 dan mencari jalan supaya sekatan serupa dapat dielakkan pada masa depan.

Kata mereka, ini adalah langkah jangka pendek paling penting untuk memastikan negara mampu pulih daripada kelumpuhan ekonomi akibat wabak Covid-19.

Dengan sebahagian besar sektor ekonomi negara masih ditutup di bawah dua fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN), ramai yang meragui kemampuan negara untuk menunjukkan pemulihan yang bermakna tahun ini.

Pakar

Pada awal tahun, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNKK) diunjurkan antara 6% dan 7%, tetapi unjuran ini telah direndahkan sejak sekatan ketat dikenakan pada Mei.

Dalam bahagian kedua siri mengenai ekonomi, Geoffrey Williams dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia dan Carmelo Ferlito dari Pusat Pendidikan Pasaran memberi pandangan mengenai perubahan dasar jangka pendek dan sederhana yang perlu dibuat negara.

Pakar ekonomi bersetuju bahawa sekatan penuh menjadi penghalang terbesar terhadap pemulihan.

“Langkah ke hadapan mestilah tamatkan PKP 3.0,” kata Williams.

“Kelumpuhan ekonomi bukan disebabkan oleh virus, tetapi oleh tindak balas dasar.

“Kita boleh harap pakej rangsangan berkesan hanya setelah PKP 3.0 berakhir. Tak boleh tekan minyak dengan satu kaki, sementara satu kaki lagi tekan brek.”

Dengan virus berpotensi menjadi endemik dan kekal dalam komuniti, katanya, kita tidak boleh bergantung pada sekatan penuh sebagai tindak balas untuk menangani Covid-19.

Ini dipersetujui Ferlito, yang telah lama mengkritik sekatan pergerakan meluas sebagai cara mengekang penularan virus.

“Risiko yang akan datang adalah pengangguran besar-besaran dan pertumbuhan ekonomi yang rata atau negatif.

“Selain itu, inflasi mungkin bermaharajalela setelah krisis Covid-19 berakhir dan ini boleh menyebabkan krisis ekonomi semata-mata,” katanya.

Beliau berkata, strategi meringankan yang membenarkan kebanyakan orang bergerak dengan bebas, sementara bidang yang dibimbangi dikendalikan melalui saringan besar-besaran, pengesanan kontak yang efisien dan pengasingan setempat akan lebih efektif.

Orang muda dan sihat seharusnya dapat membina imuniti melalui pendedahan dan hanya masyarakat paling rentan seperti warga emas, sangat memerlukan perlindungan, katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga harus mencari alternatif vaksin untuk mengawal virus tersebut kerana varian baharu menyebabkan kita tidak dapat menangani isu terlalu bergantung pada vaksin.

“Kita perlu mengetepikan ketaksuban terhadap vaksin. Kita mesti meneroka penggunaan rawatan profilaksis dan bersifat terapi dengan cara lebih matang,” katanya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/08/elak-sekatan-penuh-untuk-pemulihan-ekonomi-kata-pakar/

Jika Anda Terlepas: Gempar !!! Ahli Pas ucap syukur kerajaan zalim akhirnya akan tumbang