Pakar bidas keputusan kerajaan beli vaksin Sinovac, tiada lesen NPRA

Pada 13 Januari lalu, Pharmaniaga mengumumkan telah menandatangani perjanjian dengan Sinovac untuk membotol dan mengedarkan 14 juta dos vaksin COVID-19.

“Vaksin tersebut akan dihantar secara pukal untuk diisi dan dibungkuskan oleh Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd,” jelas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin menerusi Twitter pada Jumaat.

Namun dalam satu ciapan sebentar tadi, pakar perubatan terkenal tanahair Dr Musa Noordin secara sinis mempertikai keputusan kerajaan memilih untuk menggunakan vaksin yang dikeluarkan syarikat dari negara China itu.

Menurutnya, NPRA KKM masih belum mengeluarkan lesen kelulusan penggunaan vaksin tersebut. Malah beberapa perbandingan yang dikeluarkan antara vaksin Pfizer dan Sinovac ternyata sangat mengejutkan termasuk dari segi keselamatan penggunaannya dan sifat halalnya kepada pengguna muslim.

Rata-rata komen netizen pula nyata menzahirkan perasaan bimbang akan perkembangan terkini berkaitan penggunaan vaksin Sinovac ini nanti, yang diberitakan bakal tiba ke negara ini 27hb ini nanti.

.

Berita Penuh :https://negaramerdeka.com/gempar-vaksin-sinovac-tidak-dilesen-npra-kenapa-kerajaan-bahayakan-nyawa-rakyat/

COMMENTS

Wordpress (0)