Pakar arkeologi terkejut melihat lambakan tulang belulang dalam gua di Madinah. Di sebuah gua di Umm Jirsan, 80 batu di utara Madinah, pakar-pakar arkeologi merasa takjub dengan apa yang dilihat mereka di mana mereka menemui ratusan ribu tulang termasuk tulang manusia!
Sejak gua itu diteroka 10 tahun lepas, penemuan lambakan tulang-tulang ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengkaji. Tetapi Matthew Stewart dari Institut Ekologi Kimia Max Planck menerusi kajiannya mendapati ia dilakukan oleh dubuk dan telah dikumpul selama 7,000 tahun!
Baca Juga : Harta karun Empayar Srivijaya ditemui nelayan, nilaian dianggar jutaan ringgit
Ahli arkeologi terkejut jumpa mumia berlidah emas
Gua Serigala terbentuk akibat aktiviti tiub lava lama dan dikatakan berusia lebih lima juta tahun. Tiub ini berukuran 1.5 km panjang sekaligus membuatkan bulu roma para pengkaji meremang apabila melihat lambakan tulang dalam gua berkenaan.
Kesimpulan ini dibuat selepas mengkaji permukaan tulang-tulang, kekerapan ia ditemui dan lokasi sekitar. Tambah Stewart, haiwan itu memang dikenali sebagai pengumpul tulang yang tegar di mana ia akan membawa tulang-tulang kembali ke gua yang dihuninya. Tulang-tulang ini sama ada diberi kepada anak-anak dubuk, dimakan atau disimpan.
Saintis menemui 2,000 tu.la.ng dengan separuh daripadanya sudah dikenalpasti. Selain tu.la.ng manusia, terdapat juga spesies haiwan seperti keldai, unta, kambing dan kuda. Pasukan pengkaji turut menemui tu.la.ng dubuk dalam lambakan tu.la.ng yang ditemui sekaligus menunjukkan haiwan ini boleh menjadi ka.ni.bal apabila situasi terdesak.
Kebiasaannya, dubuk akan makan keseluruhan ba.ng.kai haiwan termasuk tu.la.ng dan hanya meninggalkan gigi dan tu.la.ng rahang. Penemuan ini dilihat dapat memberi pelbagai maklumat tentang kegiatan awal manusia di kawasan berkenaan termasuk jenis haiwan yang digunakan ketika itu. Ia sudah pasti akan menyingkap pelbagai rahsia tentang sejarah manusia di wilayah berkenaan.