Pakai kain pelikat ketat boleh buat batal solat

Pakai kain pelikat ketat boleh buat batal solat

Pakai kain pelikat ketat boleh buat batal solat .Mereka yang hendak menunaikan solat perlu memastikan kain pelikat yang dipakai tidak longgar kerana perbuatan membetulkan ikatan kain ketika menunaikan ibadah itu dibimbangi boleh membatalkan solat.

Demikian pencerahan terkini Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi laman sesawangnya terhadap persoalan seseorang mengetatkan kain ketika sedang sembahyang.

“Perbuatan ini termasuk dalam pergerakan yang banyak dan jika dilakukan melibatkan tiga kali pergerakan secara berturut-turut, maka batal ibadah solatnya itu,” jelas agensi berkenaan.

Pakai kain pelikat ketat boleh buat batal solat

Sehubungan itu, PMWP menasihatkan individu yang memakai kain pelikat agar mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan tersebut kerana dibimbangi boleh mengganggu solatnya.

“Jika terpaksa memperbetulkan ikatan kain, maka hendaklah dilakukan dengan dua atau tiga kali pergerakan secara berasingan supaya solatnya tidak terbatal.

“Kaedah penentuan sama ada sesuatu pergerakan itu dikira sebagai banyak atau sedikit ialah apabila membabitkan tiga kali pergerakan secara berturut-turut,” jelasnya.

BACA:

Sambut Hari Kebangsaan dengan konsert hiburan, tindakan Arab Saudi dipersoal

Air Force The Movie dah kutip RM13 Juta, respon Adi Putra buat semua tergamam

CATEGORIES