Pak arab selalu buat hal tengah KL dengan kutip sedekah akhirnya ditangkap buat netizen puas hati

Oleh MHDAILY

Sebelum ini, tular sebuah video di media sosial yang membongkar kegiatan sepasang warga asing yang meminta sedekah

Di kawasan tumpuan ramai dan menunjukkan isyarat lucah apabila dirakam.

Memetik laporan The Reporter, pasangan warga asing yang mempergunakan bayi untuk meminta di sekitar ibu kota akhirnya dicekup oleh pihak berkuasa pada malam tadi.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Pak arab selalu buat hal tengah KL dengan kutip sedekah akhirnya ditangkap buat netizen puas hati

Menerusi siaran langsung di akaun TikTok Street Kaka, pasangan terbabit duduk di tepi jalan dan enggan menjawab pertanyaan dari beberapa individu yang menyoalnya.

Berdasarkan perbualan dalam video tersebut, pasangan itu dikatakan selalu meminta sedekah di kawasan berdekatan KLCC. Malah, ada juga yang mendakwa pernah melihat pasangan yang sama di Melaka dan Johor.

Bayi yang dibawa untuk melakukan aktiviti tidak bertanggungjawab itu pula sentiasa bertukar. Mereka dipercayai menggunakan anak orang lain susulan beberapa rakaman video yang pernah tular di media sosial sebelum ini.

“Anak mereka tukar-tukar, bukan anak yang sama. Masa sama kitorang kena, mereka jerit dan maki kami. Sambil dia berjalan tu dia jerit-jerit. Dia ni la yang tunjuk jari tengah tu,” kata salah seorang wanita yang mendakwa pernah menjadi mangsa mereka.

Di dalam siaran langsung itu, kelihatan berlaku pertelagahan antara warga tempatan bersama beberapa warga asing yang berada di sekitarnya yang mungkin tidak berpuas hati. Bagainamanapun, pasangan berkenaan kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

BACA: “Luluh hatiku yang sarat anak kedua bila terbaca mesej yang suami kirimkan pada perempuan berpurdah dan bertudung labuh, padahal dalam FB penuh status agama”