Paip di dasar Sungai Terengganu pecah lagi, 28,700 pengguna air terjejas

Paip di dasar Sungai Terengganu pecah lagi, 28,700 pengguna air terjejas. Selepas 10 hari siap dibaiki, paip bersaiz 1,200 milimeter (mm) di dasar Sungai Terengganu dilaporkan pecah lagi pada Isnin.

Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (Satu) dalam satu kenyataan berkata, masalah dikesan berlaku di paip yang sama tetapi lokasi berlainan daripada kejadian terdahulu.

Menurut kenyataan itu, paip tersebut membekalkan air ke tangki utama Berangan dari loji Kepong untuk kegunaan penduduk di daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

paip

Paip di dasar Sungai Terengganu pecah lagi, 28,700 pengguna air terjejas.
BACA JUGA : Calon jemaah menteri ditentukan Muhyiddin – Pemimpin Bersatu

“Berikutan itu, seramai 28,700 pengguna di dua daerah tersebut akan mengalami gangguan bekalan air,” katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Isnin.

Satu berkata, sebanyak 25 kawasan di Kuala Nerus terjejas iaitu keseluruhan Gong Badak, kawasan perindustrian Gong Badak, Alor Jambu, Tok Jembal, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Turut terlibat adalah Tepoh, Padang Hangus, Pagar Ubi, Bukit Sudu, Bukit Jong, Sungai Ikan, Gemuruh, Ladang Sentosa, Padang Nenas, Lingai, Bukit Wan, Maras, Bukit Berangan, Batu Rakit, Alur Damak, Pagar Besi, Mengabang Telipot, Mengabang Telong dan Wakaf Tengah.

BACA JUGA : Konsep Keluarga Malaysia selaras matlamat Barisan Nasional

Bagi daerah ini pula, gangguan membabitkan 11 kawasan iaitu Buluh Gading Masjid, Buluh Gading Dewan, Kampung Banggol Tuan Muda, Petai Bubus, Paya Datu, Jeram, sebahagian Banggol Peradong, Kampung Manir, Kampung Tualang, Kampung Kebor Air dan Kampung Telok Menara.

“Sehubungan itu, Satu telah menggerakkan bantuan bekalan air melalui lori tangki bermula jam 12 tengah hari Isnin ke kawasan yang terjejas.

“Sebanyak tujuh buah lori tangki telah digerakkan dan jumlahnya akan ditambah dari masa ke masa, manakala kedudukan tangki statik serta pengisian air adalah mengikut penjadualan sebelum ini,” katanya.

BACA JUGA : “Siapa kata tak cucuk dua dos tidak boleh dine in?”, Social Experiment wanita ini undang kecaman

Sebelum ini, seramai 28,700 pengguna di sekitar daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu mengalami gangguan bekalan air selama 12 hari bermula 2 Ogos lalu ekoran paip pam bersaiz 1,200 milimeter pecah di dasar Sungai Terengganu.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/paip-dasar-sungai-terengganu-pecah-lagi-315730

COMMENTS

Wordpress (0)