Pahang catat kadar kebolehjangkitan paling tinggi 1.24

Oleh MHDAILY

Pahang catat kadar kebolehjangkitan paling tinggi 1.24.

Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan trend peningkatan ketika negara berada dalam sekatan pergerakan penuh.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang dicatatkan sepanjang sekatan pergerakan penuh ialah 0.90 pada 12 Jun dan kini meningkat kepada 1.07, pada Sabtu.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Malah nilai tersebut meningkat selama lebih tujuh hari berturut-turut sejak 25 Jun lalu.

Empat negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Pahang mencatat kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.24.

Ini diikuti Putrajaya, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah.

Seterusnya, Negeri Sembilan, Perak, Labuan, Sarawak, Johor, Kelantan dan Terengganu.

Perlis satu-satunya negeri mencatatkan dua kes baharu COVID-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-rnaught-negara-meningkat-107-pahang-tertinggi-dengan-124-306546

BACA JUGA :Β Kempen bendera hitam trending di media sosial