Paderi tawar khidmat jumpa ‘tuhan’, kena bayar RM5,000

Paderi tawar khidmat jumpa tuhan kena bayar RM5000

Paderi tawar khidmat jumpa ‘tuhan’, kena bayar RM5,000. Seorang paderi Afrika Selatan mencetuskan kontroversi di internet susulan pendedahan bahawa dia mengenakan bayaran mahal untuk pelbagai khidmat termasuk kononnya ‘bertemu tuhan di syurga’, lapor laman berita Oddity Central semalam.

MS Budeli ialah antara paderi yang tidak jujur di Afrika Selatan kerana dia akan membantu orang ramai hanya sekiranya mereka boleh membayar yurannya.

Berdasarkan poster promosi yang tersebar di media sosial, MS Budeli mendakwa dia mempunyai ‘kuasa’ untuk membantu orang ramai melihat masa depan mereka menerusi telefon pintar, membatalkan semua hutang dan melihat tuhan.

Orang ramai hanya perlu hadir ke ‘Persidangan Ibadah’ kendaliannya dan membayar yuran doa khas.

Paderi tawar khidmat jumpa'tuhan', kena bayar RM5,000

Pada 25 Disember ini, MS Budeli dijadualkan menjadi tuan rumah untuk Persidangan Ibadahnya, iaitu acara istimewa di mana orang ramai boleh mendengar khutbah dan terlibat dalam beberapa doa istimewa.

Aasalah utama mengenai acara itu adalah yuran yang terlalu mahal.

Sebagai contoh, untuk ‘melihat tuhan di Syurga’, orang ramai perlu membayar AS$1,160 (RM5144). Jika mahu semua hutang dibatalkan, mereka perlu mengeluarkan AS$290 (RM1,286) untuk berkahwin pada hari berikutnya.

Bayaran untuk berkahwin pada hari berikutnya ialah AS$580 (RM2,572) dan bayaran AS$1,160 (RM5,144) dikenakan untuk melihat masa depan menerusi telefon pintar.

Beliau turut mengenakan bayaran AS$17,400 (RM77,160) kepada orang ramai untuk mengalahkan Aviator Game iaitu permainan perjudian dalam talian yang popular.

“Semoga berjaya kepada semua yang akan terpedaya untuk perkara karut ini,” komen seorang pengguna pada gambar poster MS Budeli untuk Persidangan Ibadahnya.

BACA:

Gerakan singkirkan Muhyiddin semakin kuat, kata sumber dalaman

Kahwin dengan Ira Kazar, sekali ibu Syamsul Yusof bagi komen padu ini

Tak sangka PM Anwar lakukan perkara ini ketika lawat Kelantan

CATEGORIES